Header Ads

Bila bercerita soal jodoh, pernah tak anda terfikir jodoh ni atas ketentuan atau pilihan kita

Pernah tak terfikir sebenarnya jodoh ni takdir atau pilihan kita?

Seringkali kita dengar ramai yang bercakap "Jodoh itu ditangan Allah, tidak perlu lah bersusah payah mencari" tetapi pemahaman ini lah yang sebenarnya salah untuk dipegang. Ramai yang sebenarnya salah faham tentang maksud jodoh di tangan Allah ini.

Sebenarnya jodoh ini terbahagi kepada dua.

1. Ketentuan Allah.

Oleh sebab tidak boleh mengubah ketentuan Illahi, Allah tidak akan menyalahkan kita dan akan mendapat pahala yang besar jika kita bersabar dan menerima ketentuan ini. Contoh lain ketentuan yang tidak boleh diubah ialah kita dilahirkan dalam sesuatu kaum dan jantina yang tidak boleh kita ubah.


2. Yang boleh diusahakan

Perkara ini berbeza pula dengan situasi diatas tadi, kerana kita seringkali mendapat pelbagai pilihan dalam membuat keputusan dan pelbagai contoh boleh diberikan. Antaranya kita boleh pilih dimana kita nak makan, atau kita boleh pilih dengan siapa kita nak berkawan.

Allah menyuruh kita untuk memilih jodoh yang baik. Jika kita sengaja memilih jodoh yang kita tahu boleh membahayakan kita, kita melanggar perintah dan mendapat dosa kerana kita sengaja mencampakkan diri dalam kebinasaan. Jika kita mencari jodoh yang terbaik dengan semua usaha dan titik peluh untuk mendapatkan jodoh ini, kita akan mendapat pahala walaupun pasangan kita itu sebenarnya bersembunyi di sebalik topeng yang jahat.

Oleh itu, jodoh sebenarnya adalah kedua-dua jawapan di atas. Jodoh adalah takdir dan juga pilihan kerana jodoh adalah pilihan kita dan juga takdir Allah.

Dikuasakan oleh Blogger.