Header Ads

Bekas seorang guru cipta ilusi optik hanya dengan make-up, yang akan mengelirukan mata anda





Biasanya makeup ni gunanya untuk bagi wajah nampak lebih cantik dan flawless. Sama juga seperti Mimi Choi dari Vancouver, Kanada. Beliau berusia 31 tahun adalah seorang juru solek yang mencipta optik ilusi hyper-real yang mantap.

Oleh kerana solekannya yang luar biasa, beliau mempunyai seramai 274,000 follower di Instagram. Ternyata ramai yang menyukakannya. Sebelum menjadi jurusolek, Mimi bekerja sebagai seorang guru dan bekerja di pra sekolah selama 3 tahun." Saya suka mengajar tetapi saya tidak gembira dengan kerja saya, kerana saya lebih gemar kerja yang menggunakan kreativiti dan memerlukan cabaran baru". Selepas berhenti mengajar, beliau mula bereksperimen dengan berus soleknya dirumah.

"Saya bersungguh-sungguh dengan kerja ini dan telah mendapat beberapa kerja untuk make-up pengantin sebelum ini, dan saya rasa seronok apabila orang benar-benar suka. Saya tidak akan buat kerja gila seperti kerja yang sekarang saya buat ni." Tapi perkara ini terjadi ketika Halloween, saya mahu buat sesuatu yang berbeza, jadi saya tengok di Instagram dan ternampak gambar seorang wanita, yang kelihatan seperti mukanya telah retak."

Dari situ saya mulakan untuk mulakan pada diri saya sendiri. Beliau telah mencipta hasil kerja yang mantap dengan mewujudkan 3 dimensi pada wajah beliau sendiri. Dia memanipulasi solekan seperti seorang artis menggunakan catnya dan meletakkan bayang-bayang ke badannya untuk buat kulit nampak seperti terkeluar dari badan.










Dikuasakan oleh Blogger.