Header Ads

Bakal pengantin menuntut semula wang deposit mereka dari Zurin Jundi kira-kira RM800,000


Baru-baru ini pelbagai isu yang telah terjadi antaranya Pemilik syarikat perkahwinan Zurin Jundi yang khabarnya telah menipu ramai bakal pengantin dan dikatakan telah lari bersama duit deposit yang dibayar oleh mereka. Seramai 91 bakal pengantin yang telah membuat laporan polis berkenaan dengan isu tersebut.

Sepatutnya hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku, namun Zurin Jundi tampil memberi penjelasan kepada pihak Harian Metro dengan mengatakan "Saya tak lari, malah setiap hari saya usaha untuk pulangkan semula wang bayaran pakej perkahwinan pelanggan yang tidak mahu meneruskan perkhidmatan kami sebelum ini."

Dalam menangani isu tersebut, beliau sedang dalam proses untuk menjual aset peribadi, jual rumah dan mengumpul sumbangan dari ahli keluarga untuk melangsaikan bayaran kepada pelanggan dan katanya "saya sedang dalam usaha untuk bayar balik. Cuma minta pelanggan sabar sahaja, giliran mereka akan tiba.

Ramai yang menuntut semula hak mereka terhadap syarikat itu. Kira-kira sebanyak 300 tempahan merangkumi empat negeri di setiap cawangan butiknya yang dianggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM800,000. Beliau menjanjikan pulangan semula kepada yang menuntut hak mereka kepada syarikatnya.

Kalau ikutkan dah 10 tahun Zurin Jundi menaikkan nama butik itu dan telah pun mendapat kepercayaan ramai termasuk golongan besar, tetapi atas kerana kecuaian yang berlaku, nama butiknya itu terus jatuh teruk.

Tentang soal bayaran balik

Ada yang mengatakan telah dapat semula bayaran deposit yang telah dibuat. Malah ada juga yang masih lagi menunggu. Ada sebahagiannya yang memerlukan duit tersebut dengan segera memandangkan majlis perkahwinan pun dah dekat.
Tapi apa pun diharapkan janji bukan tinggal janji kerana kita sendiri pun tahu nak kumpul duit kahwin ni bukannya senang.

Jadi untuk isu macam ni, kepada bakal pengantin pun kena berhati-hati bila memilih syarikat perancang perkahwinan. Takut-takut ada lagi kes macam ni berlaku. Memanglah kalau nama syarikat dah besar patut di yakini. Tapi kena semak juga supaya perkara seperti ini tidak berlaku kepada anda juga.
Dikuasakan oleh Blogger.