Header Ads

Apabila Pasangan Anda Marah, Ini 6 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan


Cabaran paling besar ketika diri anda sedang marah atau berdepan dengan orang yang sedang marah, ialah marah akan membuatkan diri kita menjadi bukan diri kita yang sebenar.

Cabaran kedua ialah apabila pasangan anda seorang yang cepat marah, dan cuba untuk membantunya berubah.

Apa yang perlu anda lakukan ketika pasangan anda terutamanya lelaki, dalam keadaan marah?

Paling penting, jangan buat pasangan anda bertambah marah. Kami kongsikan kepada anda 6 perkara yang perlu anda lakukan.

1. Jangan paksa dia untuk bercakap dengan anda.



2. Beri masa untuk dia bertenang.

Ianya tidak mudah tetapi memberikan kesan yang besar. Apabila dia sudah tenang, anda akan dapat menyelesaikan sesuatu dengan mudah.

3. Jangan anggap dia tidak lagi mencintai anda hanya kerana dia marah.



4. Jangan mereka-reka pelbagai senario atau kemungkinan dalam kepala anda.

5. Anda tidak boleh marah. Anda berdua tidak boleh marah dalam masa yang sama.



6. Fikir tentang tingkah laku anda.

Ketika ini, anda perlu jujur dengan diri anda. Adakah anda telah melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang membuatkan si dia marah?

Orang yang sedang marah akan menyalahkan orang lain kerana membuatkan dirinya marah. Jadi, anda perlu berhati-hati untuk tidak menerima semua kesalahan yang dikatakan.

Ingat, anda bertanggungjawab hanya untuk tindakan anda sendiri, dan bukan tindakan pasangan anda. Jika ada sesuatu yang perlu anda minta maaf, atau ubah perangai, lakukannya!

Dan ingat, marah itu sementara, cinta itu selama-lamanya.

Dikuasakan oleh Blogger.