Header Ads

Antara Roller Coster terbaik dunia, kepantasannya pasti mengagumkan anda

5. Superman: Escape From krypton, Six flags magic mountain park, California.



Escape from krypton adalah roller coster ulang alik keluli yang terletak di six flags magic mountain park, california. Pergerakan nya mampu mencecah kelajuan100mph (160KM/H) dan pecutan 0-100 dalam tempoh hanya 7 saat. Dinamakan dengan nama superman kerana salah satu pergerakan roller coster ini  seakan-akan seperti superhero tersebut. ketinggian maximum laluan roller coster ini adalah 415 kaki. Tempoh aktiviti ini hanyalah memakan masa 56 saat.


4. Fuji-Q Highland Amusement park, Yamanashi,Jepun


Diberi nama sebagai Dodonpa, merupakan roller coster terpantas di Jepun. Pergerakan roller coster ini hanya memerlukan 1.8 saat sahaja untuk mencecah dari 0-107mph. kelajuan maksimum nya 107MP/H (172.2 KM/H). Ketinggian nya 171 kaki manakala panjang keseluruhan trek adalah 1189 meter, dan hanya memakan masa selama 55 saat sahaja. Dibuka pada 2001 dan pernah memegang takhta sebagai roller coster terpantas di dunia pada tahun tersebut.


3. Top Thrill Dragster, Cedar point, Ohio, Amerika Syarikat


 Top Thrill Dragster adalah roller coster kedua terpantas di Amerika Syarikat yang terletak di ohio.  Roller coster pertama yang mempunyai litar lengkap yang melebihi ketinggian 400 kaki,  mampu mencapai kelajuan 120mph (193KM/H) dan pergerakan 0-120 dalam tempoh 4 saat.


2. Kingda Ka,  New Jersey, Amerika Syarikat.



Kingda Ka adalah salah satu tarikan utama di six flag mountain. Mekanisme pelancaran hidraulik dalam perjalanan membantu ia mencapai kelajuan tertinggi 128 mph dalam hanya 3.5 saat. Kelajuan ini juga membantu perjalanan menaiki bukit setinggi 456 kaki dengan cepat. Tempoh perjalanan 28 saat.



1. Formula Rossa, Ferrari World, Emiriah Arab Bersatu



Formula Rossa adalah roller coaster terpantas di dunia dengan kelajuan tertinggi 150 mph. Ini roller coaster terletak di Abu Dhabi ferrari world. Pergerakan roller coster ini dari 0 hingga ke kelajuan tertinggi 150 batu sejam dalam hanya lima saat.

Formula Rossa ini mempunyai 2.2 kilometer panjang dan mempunyai tema trek Itali Autodromo Nazionale Monza. Perjalanan itu mengandungi empat kereta api dengan empat kereta penumpang. Setelah perjalanan mengikuti pad pelancaran, ia naik 171 kaki bukit dan akan mencapai kelajuan tertinggi 150 mph. Perjalanan itu akan meliputi trek sepanjang 2.2 kilometer dalam 1.32 minit.

Dikuasakan oleh Blogger.