Header Ads

Antara Filem Yang Akan Ditayangkan Penghujung 2017, Yang Manakah Jadi Buruan Anda



1. Justice League

Didorong oleh kepercayaanya yang dipulihkan kepada umat manusia dan diilhamkan oleh tindakan superman yang tidak berperikemanusiaan, Bruce Wayne mendapat bantuan sekutu barunya, Diana Prince A.K.A Wonder Woman untuk menentang musuh. Mereka bekerja keras untuk mencari dan merekrut sekumpulan Superheroes untuk mencegah ancaman terbaru. Selain Batman dan Wonder woman cerita ini turut menampilkan Aquaman,Cyborg dan The Flash.



2. Coco

Sebuah filem animasi keluaran Walt Disney picture ini akan ditayangkan pada penghujung bulan 11 ini. Cerita yang berkisarkan tentang seorang kanak-kanak yang ingin menjadi ahli muzik yang berjaya seperti idolanya. Sesuai untuk ditonton semua peringkat umur.




3. A Bad Moms Christmas

Filem ini akan ditayangkan pada 30 November 2017. Menceritakan tentang 3 ibu yang berusaha untuk menggembirakan ibu mereka ketika sambutan Christmas dan pelbagai perkara yang menggelikan hati telah berlaku sepanjang dalam proses untuk mengambil hati ibu masing-masing. Lakonan Mila Kunis, Kathryn Hahn dan Kirsten Bell.



4. Jumanji

Filem lakonan Dwayne Johnson "the Rock", Kevin Heart, Jack Black serta Nick Jonas ini pastinya antara keluaran yang ditunggu bagi penggemar-penggemar movie. Filem terbitan Colimbia Picture ini pasti antara cerita yang mampu menggegar panggung dan akan menghasilkan kutipan Box office.




5. Star Wars : The last Jedi

Filem sekuel yang diarahkan oleh Rian Johnson ini akan mula ditayangkan pada 14 December 2017. Rey meneruskan pengembaraan nya yang epik bersama dengan Finn, Poe dan Luke Skywalker didalam episod yang terbaru ini.



6. Pitch Perfect 3

Filem ketiga ini hasil terbitan United International Pictures akan ditayangkan bermula 28 Disember 2017. Lakonan Anna Kendrick,Brittany Snow, Rebel wilson dan ramai lagi
Dikuasakan oleh Blogger.