Header Ads

Anda stress dengan rutin harian? Amalkan 5 tips mudah ini untuk mengurangkannya


Berikut adalah tips-tips yang mungkin boleh diguna pakai oleh anda

1. Bercakap dengan seseorang

Bercakap boleh berfungsi dengan baik mengalihkan perhatian anda dari pemikiran yang menimbulkan tekanan atau membebaskan beberapa ketegangan yang dibina dengan membincangkannya.

Tekanan boleh mengelakkan pertimbangan anda dan menghalang anda melihat perkara dengan jelas. Bercakap-cakap melalui rakan, rakan sekerja, atau juga profesional terlatih, boleh membantu anda mencari penyelesaian kepada tekanan anda dan meletakkan masalah anda ke dalam perspektif.

2. Mengawal sebaik mungkin

Tekanan boleh dicetuskan oleh masalah yang mungkin kelihatan seakan-akan mustahil untuk diselesaikan.

Belajar untuk bagaimana mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah tersebut.Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa sesuatu masalah tidak akan selesai jika kita tidak mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikannya.

Salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul adalah dengan menulis masalah tersebut dan menyenaraikan seberapa banyak cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

3. Aturkan jadual seharian anda.

Adalah lebih mudah jika kita menyediakan jadual untuk aktiviti seharian kita supaya lebih teratur dan tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan aktiviti mana satu yang perlu dilakukan.

 Dengan ada nya jadual seharian kita lebih tahu aktiviti apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu dan lebih penting dapat membantu kita mengurangkan stress dalam memilih kerja yang mana satu perlu diselesaikan.

cadangan kami dari pihak Nakbebel cuba buat jadual secara harian dan sentiasa kemaskini jadual anda dengan menyelesaikan masalah yang lebih susah terdahulu kerana otak kita lebih cerdas di waktu pagi.

4. Belajar untuk mengatakan TIDAK

punca stres yang biasa berlaku adalah kerana terlalu banyak perkara untuk dilakukan dan masa yang singkat untuk melakukan sesebuah tugasan.Namun dalam keadaan ini, ramai yang akan tetap mengatakan 'YA' untuk mengambil tugasan tambahan.

 Belajar untuk mengatakan 'TIDAK' kepada permintaan tambahan atau tugasan yang tidak penting.Bukan kerana kita malas, tapi kerana kita juga ada tugasan yang perlu diselesaikan.

Setiap permintaan itu boleh ditolak dengan baik dan tidak semestinya hanya dengan jawapan 'TIDAK' tapi boleh dicakap dengan cara yang lebih sopan seperti:

"saya minta maaf,saya tidak boleh melakukan tugasan ini kerana saya ada tugas lain yang perlu diselesaikan"

"saya boleh buat tugas ini, tapi tugas saya yang sedia ada masih belum selesai"

5. Berehat

 Berehat sebentar sekiranya anda merasakan diri anda tidak sihat untuk melakukan tugas. Jangan memaksa diri anda untuk menyiapkan tugasan itu secepat mungkin, ini kerana hal tersebut boleh mendatangkan stres secara berganda.
Dikuasakan oleh Blogger.