Header Ads

Analisis tentang Terens Puhiri yang dikatakan pemain bola sepak yang paling pantas di dunia


"Bola sepak adalah pekerjaan kami. Suka atau tidak kami perlu yakin dan percaya kepada diri bahawa orang indonesia mampu jadi sehebat pemain Eropah," kata puhiri selepas tamat perlawanan diantara Borneo FC menentang Mitra Kukar pada 23 Oktober lalu.

Pada perlawanan tersebut Borneo Fc menang 4-0 dalam perlawanan yang berlansung di Stadium Aji Imbut, Tenggarong.

Apa yang menarik ketika perlawanan ini, kepantasan Terens Puhiri ketika menjaringkan gol ketiga Borneo FC dan berdasarkan video itu dia mungkin mengalahkan kepantasan Leroy Sane," dipetik dari artikel Daily Mail

Leroy Sane


Terens Puhiri

Semasa diawal musim ini, sane telah mencatatkan rekod kepantasan berlari selaju 35.45 kilometer per jam. Rekod ini hanya boleh dibuat oleh atlet pecut bertaraf dunia dan perbezaannya sane berlari diatas rumput, berbanding atlet olahraga yang berlari di atas trek untuk acara larian.

Lihat video disini


Mata-mata yang memandang dari kelab Eropah mungkin akan memerhati kemampuan Terens Puhiri selepas ini. Pula, video jaringan golnya pada minit ke-70 melalui larian solonya itu telah menjadi tular di sosial media.



Dikuasakan oleh Blogger.