Header Ads

Akibat rasa kecewa dengan anak sendiri, seorang bapa bertindak membunuh diri di Facebook


Seorang lelaki di Turki menyiarkan secara langsung di Facebook (FB) tindakannya membunuh diri kerana kecewa tidak dijemput menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya, kelmarin.

Ayhan Uzun, dari Kayseri, tengah Turki, bercakap kepada kamera menghamburkan kemarahan kepada keluarganya sebelum meletakkan pistol ke kepalanya dan memetik picu selepas membilang 1, 2, 3.

Kata-kata terakhirnya ialah: “Selamat tinggal, saya akan pergi, jaga diri semua.”

Ayhan kemudian rebah ke lantai.

Keluarganya dikatakan bergegas pulang dan menemui mayatnya.

Polis sedang menyiasat kejadian itu dan mayatnya dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Dalam kenyataannya, Ayhan berkata, dia mahu membunuh diri kerana membantah perbuatan anak perempuannya berkahwin tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui mengenai perkahwinan anaknya itu melalui panggilan telefon.

“Mereka (keluarga) hanya menelefon memberitahu perkahwinan itu pada hari bahagia anak saya.

“Tiada siapa bertanya mengenai saya, tiada siapa melayan saya sebagai lelaki, sebagai bapa.

“Bapa mentuanya ambil tempat saya sedangkan dia tiada hak membenarkan perkahwinan anak saya.

“Tiada siapa kata bapa perempuan ini masih hidup sedangkan saya menunggu anak dan keluarga berkata: “Bapa, datang untuk bersama kami.

“Isteri saya telefon dan beritahu mereka tidak boleh datang mengunjungi saya,” katanya.

Ketika siaran langsung itu beberapa rakan dan saudara maranya menghantar komen merayu Ayhan supay tidak membunuh diri.

Sumber:  Harian Metro
Dikuasakan oleh Blogger.