Header Ads

Ada ambil insurans untuk diri sendiri? ini 7 anggota badan lelaki paling "rare" pernah diinsuranskan


Macam-macam ragam manusia memang pelik-pelik kan? Yelah kita biasa dengar insurans diambil untuk melindungi nyawa, kereta, rumah ataupun harta benda. Tapi 7 orang lelaki ini memang rare benda yang mereka insuranskan. Bagi kita memang tak masuk akal lah. Tapi memang ada orang yang macam ni. Antaranya:-

1 Bruce Springsteen- Suara

Berada di kedudukan pertama senarai anggota badan yang paling pelik pernah diinsuranskan jatuh kepada lagenda Bruce Springsteen. Bruce yang terkenal dengan lagunya 'Born to Run" dan "Dancing in the Dark" mengambil langkah untuk menginsuranskan suaranya dengan nilai RM25 juta, jika apa-apa berlaku terhadap suara emasnya itu seperti hilang suara atau suara rosak.

2. Jeff Beck- Jari

Jeff telah insuranskan 10 jari tangannya. Sebagai seorang pemain gitar professional yang digelas "god of guitar", anggota badan paling penting bagi Jeff tentulah jarinya. Beliau pernah terhiris jari telunjuknya ketika sedang memotong lobak dan terpaksa dijahit serta berehat selama 7 minggu daripada bermain gitar. Masa itulah Jeff rasa jari-jarinya perlu dilindungi, dan telah mengambil polisi insurans bernilai Rm4.2 Juta bagi setiap jari tangannya. Korang boleh kiralah kalau 10 jari semua dia insurankan.

3. Merv Hughes- Misai

Bagi Merv Hughes, atlet kriket dari Australia, misai adalah perkara paling penting untuk beliau. Ia merupakan trademark beliau dan membuatkan orang lain mengenalinya dengan mudah. Misai yang dimilikinya telah diinsurankan sebanyak RM1.55 Juta ketika beliau mewakili Australia dalam sukan tersebut.

4. Egon Ronay- Deria rasa

Egon Ronay, seorang pengkritik makanan dan pemilik restoran yang sangat famous dengan deria rasanya yang sangat tajam. Beliau adalah seorang yang sangat berpengaruh dalam industri makanan di Great Britain dan disebabkan itu, beliau mengambil polisi insurans bernilai RM1.05 Juta bagi melindungi deri ranya yang sangat penting baginya, kalau berlaku perkara yang tak diingini terhadap deri rasanya. Walaubagaimana pun, Egon Ronay telah meninggal dunia pada tahun 2010

5. David Beckham- Seluruh tubuh

Siapa tak kenal dengan lagenda bola sepak yang kacak lagi bergaya ini. David Beckham telah mengambil insurans sebanyak RM819 Juta untuk kaki dan jari kakinya. Dan disebabkan sebahagian besar daripada pendapatannya datang dari iklan, insurans itu juga meliputi sebarang kecacatan pada tubuh badannya. Nilai ini merupakan nilai insurans paling mahal dalam sejarah dunia sukan.

6- Ben Turpin- Mata juling

Kalau korang ada duit yang banyak dan mata korang terjuling, mesti korang akan gunakan duit tersebut untuk buat pembedahan untuk merawat mata korang tu. Tapi berbeza bagi pelawak Ben Turpin. Bagi Ben, mata beliau adalah aset bagi dirinya sebagai seorang pelawak. Belaiu yang mempunyai mata juling, telah menginsuranskan organ tersebut sebanyak harga RM420,000. Jika matanya tiba-tiba jadi normal, wang pampasan akan diberikan kepada penerbit iaitu Mack Sennet
Dikuasakan oleh Blogger.