Header Ads

6 tanda mempercayai pasangan kita, tak perlu mintak password media social pon!


Terdapat kebimbangan yang timbul dalam fikiran kita hari ini. Disebabkan pasangan kita yang susah bertemu, walaupon kita cuba memahami alasanya seperti "bersama keluarganya" dan "kesibukkan bekerja". Tetapi perasaan kita masih curiga dan tidak mempercayainya. Bila mintak kata password telefon atau media sosial dia tak bagi lagila.

Sebelum kecurigaan kita menjadi lebih teruk dan tidak boleh mempercayainya lebih baik melihat dulu. Walaupon jarang berjumpa, sekiranya dia menjaga 6 perkara ini, tiada persoalan yang harus ada dan meminta password telefon dan media sosial. Pasti boleh dipercayai.

1. Dia menghargai masa dengan kita dan selalu datang tepat pada masanya.

Walaupon sibuk bagaimanapun dia selalu buat janji temu dengan kita dan selalu tepat pada masanya. Menghargai masa apabila bersama kita. Sekiranya dia bersusah payah datang pada tepat masanya dan menghargai bersama anda, mengapa anda harus curiga?

2. Kerana terlalu sibuk bekerja tetapi dia sering menyanya khabarmu

Kesibukkan kerjanya, kita tahu dan cuba memahaminya dan masih sukar untuk menerima alasanya tetapi dia menjaga hubungan dengan kita, seperti menghubungi kita, menanya khabar, memberi tahu kita atau pon mengucapkan "selamat malam". Niatnya untuk menjaga hubungan.

3. Apabila ada masalah dia sering mengaku salah dan tidak mahu msalah berpanjangan.

Setiap hubungan mesti menghadapi masalah. Tetapi dia adalah jenis yang tidak teragak-agak untuk meminta maaf dan mengakui kesilapannya. Ini adalah satu perkara penting dalam hubungan kita. Dia yang berani meminta maaf dan mengakui kesilapan dan ingin menjaga hubungan kita. Dia tidak mahu masalah ini berpanjangan. Jika kita mempunyai ini, tidak perlu bertanya lagi.

4. Walaupon dia tidak memberitahu password telefon dan media sosial, tetapi dia selalu menceritakanya.

Dia tidak memberikan password telefon dan media sosial kerna mempunyai sebab sendiri seperti menghormati privasinya dan dia menyimpam telefonnya agar tidak dibuka orang lain. Kita tidak perlu risau, dia sentiasa menceritakan dan berkongsi .

Ia bukan tentang menyembunyikan sesuatu, tetapi tentang bagaimana untuk belajar memberi ruang antara satu sama lain dan menghormati privasi pasangan itu.

5. Dia selalu memperkenalkan kawan-kawannya, ini adalah bukti dia tidak menyimpan rahsia dengan kita.

Dengan mengenali kawan-kawan pasangan kita, tiada lagi rahsia yang dia sembunyikan dari kita. Contoh, anda boleh menanya pada kawan-kawanya tentang dia. Adakah masih tidak boleh dipercayai?

6. Apabila kita memintanya untuk bertemu dengan keluarga dia tidak menolak. Walaupun dia sibuk, dia selalu cuba

Seriusnya seseorang dalam hubungan biasanya akan diuji untuk bertemu keluarga, jika dia masih menolak dan tidak mahu serius dengan kita. Sekiranya pasangan kita tidak menolak, keraguan dan curiga tidak perlu ada lagi sebab perasaannya terhadap kita amat serius.

Kerana sibuk bekerja dan sukar bertemu,rasa curiga dan takut ditipu pasti akan muncul, tetapi jika dia menjaga 6 perkara ini kita tidak perlu risau lagi. Berfikiran terbuka mengenai kasih sayang pasti boleh dipercayai.
Dikuasakan oleh Blogger.