Header Ads

5 keluaran kereta supercar termahal di dunia pada tahun 2017, geramnya dengan nombor 3 tu!


Saban tahun pengeluar-pengeluar kereta supercar berlumba mengeluarkan produk mereka. Berikut adalah kereta mewah dan paling mahal yang telah dikeluarkan tahun ini :

5. Ferrari Pininfarina Sergio


Hanya enam biji sahaja ferrari ini dikeluarkan. kereta ini dikeluarkan sebagai tanda penghormatan kepada anak sulung pengasas Pininfarina yang mati pada tahun tersebut. Diberitakan harga kereta ini mencecah 3juta dolar.

Diciptakan dalam konfigurasi dua tempat duduk,tiada tingkap sampingan, dan cermin depan dimana ciri-ciri kereta ini mengambil konserp udara terbuka lebih jauh kedepan lagi.


4. Aston Martin Valkyrie


Belum ada harga yang diumumkan lagi. tetapi ada ura-ura mengatakan jumlah harga kereta ini sekitar 3 juta dolar. Merupakan idea presiden baru Aston Martin, Andy Palmer yang bercita-cita ingin mengeluarkan siri-siri kereta yang mampu memberi saingan terhadap pengeluar lain.


3. Lamborghini Veneno Roadster


Veneno Roadster adalah keluaran Lamborghini paling mahal di jalan raya hari ini, harganya $3.3 juta, dan nilainya $500,000 lebih mahal daripada versi sebelum ini iaitu coupe veneno. Bagi korang yang minat dengan kereta keluaran Lamborghini korang pasti kagum dengan hasil terbaru ini yang mempunyai 7-speed single-clutch.

2. Lykan Hypersport


Dibina oleh W Motors, keeta ini secara sah nya adalah kereta supercar Arab yang pertama. Ini kerana W Motors berpusat di Lubnan. Kereta ini juga merupakan kereta pertama yang mempunyai lampu yang dihasilkan bersama-sama dengan permata.

 Terdapat bilah LED titanium yang mempunyai sejumlah 420 berlian 15-karat. Agak mewah kereta ini kan? Harganya mencecah $3.4. juta


1. McLaren P1 LM


Merupakan kereta termahal di dunia untuk tahun 2017. Anda boleh mempertikaikan mengapa boleh jadi yang termahal sedangkan rekaan ini kelihatan seperti 'old school' tetapi anda boleh pertimbangkan sebenarnya McLaren telah membina semula rekaan asal P1.

Dengan susah-payahnya membina semula P1 kepada sebuah supercar yang hampir sempurna dan pastinya akan diingati kerana menjadi seni kerja manusia yang tecanggih.Dengan harganya $3.7 Juta pastinya menjadi rebutan para pengumpul koleksi kereta-kereta mewah dunia.
Dikuasakan oleh Blogger.