Header Ads

Wanita ini senang untuk merajuk, tetapi sebenarnya amat mudah untuk memujuk mereka.


Bagi mereka yang mempunyai kenalan perempuan, anda pasti pernah rasa buntu bagaimana ingin memujuk mereka ketika mereka merajuk. Anda bacalah buku tentang relationship banyak mana sekali pun, isu ini pasti jadi satu kemusykilan.

Biasa lah kan, mood wanita ini senang berubah-ubah. Satu ketika semuanya ok, tiba-tiba datang angin dia tak tentu pasal nak merajuk. Rupanya ada benda yang di terasa. Mungkin dengan perbuatan kita.

Boleh jadi, awal-awal lagi dia simpan merajuk dia sebab anda tidak bukakan pintu kereta untuknya. Perkara yang simple pun boleh jadi hal besar.

Tetapi, anda perlu ingat, walaupun mood mereka cepat berubah, maka cepat jugalah rasa merajuk mereka itu senang untuk di pujuk. Kadang-kadang dengan benda yang simple pun dah boleh pujuk mereka ini.

Ambil contoh adik comel kita ini yang bernama Yeseo. Dalam video ini, Yeseo sedang merajuk kerana ibunya tidak dapat ikut bersama mereka semasa berjalan-jalan.

Puaslah ayahnya ingin memujuk si comel kecik ini, tetapi dengan hanya satu benda yang mudah, Yeseo hilang terus merajuknya.


Bagaimana, mudah bukan. dengan hanya bunyi dari kasutnya, si Yeseo terus jadi gembira.

Tetapi, anda janganlah harap kan kaum wanita akan senang hilang rajuknya dengan seperti Yeseo. Yeseo masih kecil, maka semua perkara jadi seronok untuknya. Untuk pujuk wanita anda, anda perluah berfikiran lebih luas sedikit.

Tidak perlu yang terlalu mencabar sampai habis beribu-riban. Perkara yang simple yang anda boleh dapat di sekeliling anda. Wanita ini hanya ingin kan tumpuan pada mereka. Kalau tak hilang juga rajuknya itu, anda beli kasut macam Yeseo untuk teman wanita anda. Kemudian bertawakallah, harap-harap mood dia berubah.
Dikuasakan oleh Blogger.