Header Ads

Walaupun gaji tak lumayan macam dulu, tapi bekerja di Masjid buat hati saya tenang


Rasa ingin berbakti kepada agama menyebabkan pemuda berhati mulia Mohd Shukri Minhat, 21, sanggup untuk menjadi pembantu noja (siak) di Majid Al Mujib, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah.

Sudah dua tahun beliau bekerja sebagai tok siak dan menerima bayaran sekadar RM300 sebulan, tapi itu sudah memadai buatnya. Tugasnya menyapu sampah, memotong rumput, membersihkan permaidani, mencuci kolah, melipat sejadah dan menyusun rehal dilakukannya setiap hari dengan penuh ikhlas.

Katanya kepada Harian Metro, bekerja disini membuat rohaninya lebih tenang, pula solat lima waktunya terjaga walaupun sebelum ini saya pernah terima gaji yang lebih lumayan di Kuala Lumpur selama beberapa bulan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Dia yang juga pembantu siak termuda bertugas di negeri ini menjalankan kerja membersihkan persekitaran masjid berkenaan bermula jam 1 tengah hari hinggalah ke lewat malam.

Macam mana beliau boleh dapat kerja sebagai pembantu siak?

Katanya, lepas balik ke kampung dari Kuala Lumpur saya kerap tolong kerja pembersihan masjid itu tanpa mengharapkan upah, sebelum ditawarkan jadi siak oleh ahli jawatankuasa masjid.

"Saya tak pernah rasa malu buat kerja ini malah berharap berkekalan sampai akhir hayat, rasa tenag duduk di masjid walaupun gaji kecil. Sebenarnya inilah cara saya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjaga tiang agama iaitu solat lima waktu," kata Shukri

Beliau anak bongsu dari enam beradik itu mempunyai panggilan manja iaitu Bob, semasa di bekerja di Kuala Lumpur kerap kali terleka dan meninggalkan solat, itu jadi salah satu punca dia ingin pulang ke kampung.

"Saya suka dengan kerja saya sekarang, tak terhibur tak apa. Saya rasa lebih baik duduk di masjid dari terbabit dengan aktiviti yang tidak bermanfaat"

Kredit:  Nazri Abu Bakar, am@hmetro.com.my

Dikuasakan oleh Blogger.