Header Ads

Tip simpan duit secara kreatif, hasilnya mampu simpan sebanyak RM12600 setahun


Niat nak menyimpan masa awal bulan tu biasa dah kita rasa, tapi bila dapat gaji tuptup semua habis kadang-kadanga tak sempat ke hujung bulan pun. Nak menyimpan duit ini perlukan pengorbadan yang tinggi untuk berjimat cermat dan berdisiplin, sama konsep dengan "diet" nak kurus, kalau tak ada disiplin memang "kelaut" lah jawabnya.

Tapi dimana ada kemahuan disitu ada jalan, yang penting fokus untuk capai matlamat yang diimpikan. Contoh, simpan duit untuk kahwin, bila duit dah cukup, dah boleh kahwinlah.

Tapi macam mana nak simpan duit?

Jadi admin kongsikan tips dari Aminahtul Mardhiah untuk korang praktikkan bersama. Kalau korang nak tahu beliau dah berjaya menyimpan RM12,600 setahun. Banyakkan?



Caranya:

1- Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka macam mana. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gambar kekasih korang pon boleh.

2- Berbelanja? korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Tricknya dalah "Never Ever Use RM20 TO Purchase". Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu. Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin akan dapat RM20 lagi. Dan kalau korang keluar duit dari ATM yang ada 5 keping RM20, dan itu je duit yang kau ada, tepikan juga RM20. Korang takda pilihan.. Hahaha

3- Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ handbag tu, masukkan semua RM 20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata " Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!" Tapi silalah bertabah dan jangan rasa demotivated. Rahsianya jangan fikir sangat!

4- Ulang step 1,2,3 sampai tiba harinya tabung korang penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 korang ni.

5- Cukup 365 hari korang dah boleh buka balik tabung tu dan kira berapa banyak DUIT untuk korang yang dah dikumpulkan. Proses pengiraan ni adalah proses paling best yang tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak cakap.

Memang dah jadi rutin saya untuk buat "Trick" Luar biasa ni sejak tahun lepas katanya. Walaupun pernah sampai 10 keping RM20 terkorban dalam sehari. Keluar juga lah air mata kahkah. Tapi, nikmatnya dalam masa 365 hari, saya berjaya kumpul RM12600. Aik, macam mana boleh jadi banyak sangat ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak cakap macam mana. Rasa nak lompat bintang!



Kenapa RM20?

1- Lagi senang nampak

Disebabkan warna oren, korang akan sedar dengan cepat yang itu duit yang korang kena simpan. Secara otomatik korang akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai korang rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!

2- Paksa diri

Saya pernah baca saving duit syiling atau saving pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila korang simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugaklah korang dapat sebulan.

Tapi saya jenis suka push diri. Saya kira-kira balik, disiplin asingkan Rm20 yang saya buat ni, hasilnya RM12600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari korang dah simpan! Kalau tak paksa diri, korang boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan korang rasa payahnya! Jangan risau korang takkan mati kebuluran.

3- Terjamin jumlah simpanan.

Memandangkan korang menyimpan RM20, bila korang dah mula nak latih diri dan minda tanpa disedari yang RM20 ni hak untuk korang simpan. Mula-mula rasa beban tapi lama-lama korang akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan korang tahu jumlahnya taklah ciput. Saya buat simpanan ini bukan untuk saya, tapi tujuannya untuk simpanan anak saya bila besar nanti.

Akhir sekali korang bawaklah duit tu pergi bank. Masukkan dalam saving atas nama korang atau anak (kalau ada) dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila korang tahu, apa-apa hal ada duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?

Kredit: Aminahtul Mardhiah
Dikuasakan oleh Blogger.