Header Ads

Seperti di Malaysia, orang Jepun juga turut mempunyai peribahasa mereka sendiri untuk maju


Warga asing mungkin boleh bercakap mengenai orang jepun dan misteri adat dan budaya mereka selama berjam-jam. Apa yang menarik dan hebat tentang negara ini adalah hakikat bahawa, walaupun mereka mempunyai kemodenan dan pencapaian teknologi yang hebat namun rakyatnya terus mengekalkan hubungan yang sangat kuat dengan adat, peraturan dan tradisi purba mereka setelah sekian lama.

Anak-anak kecil mereka diajar dan di didik sedari kecil tentang adat dan peraturan yang sepatutnya mereka ketahui supaya perkara sebegini menjadi utuh apabila umur mereka sudah meningkat dewasa nanti.

Untuk membantu anda mengetahui serba sedikit tentang budaya negara yang menarik dan bijak ini, berikut adalah 15 perkataan jepun purba yang anda boleh cuba renung dan fikirkan sejenak.

1. Sekiranya masalah yang tidak boleh diselesaikan, ianya tidak berbaloi untuk di risaukan kerana masalah itu tidak dapat diselesaikan dan membuang masa.

2. Setelah mengambil masa untuk berfikir, berusaha dan bertindak. Apabila anda berjaya selesaikannya, berenti berfikir seketika. Rehatkan minda.

3. Tidak tahan apa yang terlepas, tidak menolak apa yang datang.

4. Lebih baik menjadi musuh yang baik daripada menjadi kawan yang baik tetapi jahat didalamnya.

5.Sebelum menjadi manusia yang hebat, setiap orang akan merasa menjadi manusia yang biasa.

6. Dia yang mempunyai keinginan yang kuat akan berusaha menaiki tangga untuk berubah

7. Suami dan isteri mempunyai ciri yang berlawanan seperti tangan dan mata: Apabila tangan itu sakit, mata akan menangis dan apabila mata itu menangis, tangan akan lapkan mata yang menangis itu.


8. Matahari tidak tahu siapa yang betul atau salah. Ia akan sentiasa bersinar tanpa sebab dengan menerangi semua benda.

9. Katak didalam telaga tidak akan tahu kehebatan laut.

10. Langkah yang hebat sentiasa bermula dengan langkah yang kecil

11. Sedangkan monyet juga akan jatuh dari pokok.

12.Jika perempuan mahukan sesuatu, dia sanggup mendapatkannya walaupun akan mendaki gunung untuk mendapatkannya.

13. Tanya soalan dan anda berasa malu untuk seketika. Tidak bertanya dan tidak mengetahui bermakna anda akan berasa malu untuk seluruh hidup anda.

14. Matahari yang bersinar hari ini adalah matahari yang sama terpancar ketika bapa kita dilahirkan.

15. Sekiranya ibu bapa penat bekerja, anak-anak mengambil mudah, cucu mereka akan berakhir dengan mengemis.

Ini adalah sekadar perkongsian yang baik untuk kita renungkan bersama kerana manfaat yang baik adalah apabila kita menggunakan ilmu yang dipelajari dan mengamalkannya untuk kegunaan kita bersama.




Dikuasakan oleh Blogger.