Header Ads

Semasa umur 74 tahun, agaknya apakah aktiviti anda kelak? Sudah pasti ianya berbeza daripada Amadeo Busquets .


Masa adalah satu perkara yang tidak dapat kita ubah kerana ia adalah ketentuan tuhan. Usia kita semakin hari semakin tua kerana itulah hakikat manusia yang di ciptakan.

Tetapi apa yang kita lakukan sewaktu kita melalu umur kita yang semakin hari semakin lanjut adalah yang menentukan samada kita ini enjoy life atau pun tidak.

Anda rasa apa yang anda akan lakukan ketika anda sudah berumur 74 tahun kelak? Bersara, masih berkerja, bermain bersama cucu-cucu dan sebagainya.

Tetapi agak berbeza perkara yang di lakukan oleh atuk kita ini yang bernama Amadeo Busquets berumur 74 tahun.

Beliau menghidap sakit buah pinggang apabila umurnya semakin lanjut dan buah pinggang beliau sudah tidak dapat di gunakan lagi. Maka beliau terpaksa menjaga makan dan melakukan aktiviti ringan untuk menyihatkan badan.

Apa yang beliau lakukan adalah, beliau akan berjalan keluar rumah dan melihat pemandangan dan berjumpa dengan orang ramai. Tetapi apabila sampai pada satu tahap, beliau sudah bosan berjalan-jalan kerana beliau sudah tahu semua ceruk jalan yang ada berdekatan dengan rumah beliau.

Untuk menjadikan lebih menarik, beliau telah mencuba satu applikasi game dalam telefon pintar iaitu bermain Pokemon Go. Dan untuk pengetahuan anda, beliau sudah hampir mencapai tahap maksimum di dalam game tersebut.

Pengguna Pokemon Game memanggil beliau "Maestro" yang bermaksud "master". Beliau akan berjalan-jalan sambil mencari pokemon selama 8 jam sehari. Mengikut rekod, beliau sudah berjalan sejauh 3564 kilometer semasa bermain Pokemon Go ini.



Di dalam video ini, beliau sudah pun menerima buah pinggang yang baru. Selama 2 bualn beliau tidak dapat bermain game ini oleh kerana pembedahan dan waktu pemulihan.

Dalam era yang maju ini, tidak salah jika kita mengajar golongan-golongan warga emas untuk menggunakan teknologi agar mereka tidak tertinggal dengan peredaran zaman.
Dikuasakan oleh Blogger.