Header Ads

Resume lelaki ini sangat menarik apabila beliau mengisi maklumat dirinya dalam bentuk LEGO


Bila dah habis belajar, mesti nak cari kerja pula kan? Mulalah nak fikir apa nak letak dalam resume. Habis semua sijil-sijil dibawa keluar.

Tapi berbeza caranya pula dengan Andy Morris, Beliau adalah graduan reka bentuk dari University of South Wales dan cara Andy meletakkan maklumat diri sangat unik, kerana semuanya ada di packaging patung LEGO!

Sebelum ini,Andy memang sangat suka dengan Lego malah kerja beliau sebelum ini juga banyak bermain dengan LEGO. Dari situ beliau mendapat idea untuk membuat resume kreatif yang boleh buat pemohon dan majikan rasa seronok, memandangkan beliau sendiri rasa letakkan maklumat peribadi dalam bentuk kertas perkara yang membosankan.

Di packaging LEGO itu beliau mempamerkan apa sahaja berkaitan diri beliau dan elemen reka bentuk yang unik untuk kerjanya nanti. Mungkin korang pon boleh cuba guna idea ini untuk pamerkan apa-apa saja tentang diri anda bila nak apply kerja nanti.










Sumber : Andy Morris
Dikuasakan oleh Blogger.