Header Ads

Positifkan diri akan buat diri lebih gembira, ini 18 perkara yang anda perlu tahu


Belajar satu perkara yang baru atau lebih mengenali diri sendiri memang perkata yang sangat menarik. Belajar tentang orang lain tu kita dah biasa buat. Tapi faham psikologi disebalik perbuatan kita, cara diri melayan orang lain, dan cara kita meluahkan pendapat dengan cara yang positif lagi bertambah menarik.

Admin dah senaraikan beberapa perkata menarik tentang soal psikologi diri dan orang di sekeliling kita. Jom kita tengok 18 perkara ini yang akan berlaku pada diri kita.

1- Susah kita nak perasan bila bercakap dengan orang lain, dan salah seorang dari mereka menggerakkan kaki melunjur ke depan dan belakang, ini menunjukkan bahawa dia tidak bersetuju dengan perkara yang dibincangkan, atau dia nak end conversation. Jadi kalau perasan cuba tukar tajuk yang kena dengan hatinya kalau nak borak lebih lama.

2- Orang itu akan nampak lebih menyerlah, bila dia bercakap tentang perkara yang dia betul- betul tahu. Cara percakapan yang lancar, info yang mantap. Seakan dia pernah melalui perkara tersebut

3- Melancong ke dalam atau luar negara bukan setakat boleh hilangkan stress tapi boleh kurangkan risiko terkena serangan jantung juga.

4- Meminggirkan diri untuk jangka masa yang panjang boleh membahayakan kesihatan ibarat merokok 15 batang sehari.

5- Seseorang yang mampu bercakap 2-5 bahasa akan secara automatiknya akan menukar personaliti mereka secara tidak lansung setiap kali mereka menggunakan bahasa yang lain.

6- Perempuan yang kerap kali duduk atau mempunyai ramai kawan lelaki, biasanya mood mereka akan lebih stabil berbanding duduk dalam kelompok perempuan sahaja.

7- Risiko penceraian dapat dikurangkan sebanyak 70% jika berkahwin dengan kawan baik sendiri dan kebiasaanya akan bertahan seumur hidup.

8- Orang bijak adalah seorang yang memilih, dan tidak ramai kawan. Kawan yang ramai boleh buat kita lebih cenderung untuk terikut-ikut dengan sikap mereka yang lain walaupun kita sendiri kata tidak.

9- Apabila seorang ibu mahu bersalin, dia lebih selesa apabila suaminya berada bersebelahan dan pegang tangan kerana waktu itu dirinya akan dalam keadaan bimbang dan sakit. Ini dapat mengurangkan perasaan takutnya.

10- Orang yang cuba nak gembirakan orang lain selalunya akan berakhir dengan rasa perasaan sunyi dan keseorangan.

11-Purata seorang wanita boleh menyimpan satu rahsia adalah selama 47 jam dan 15 minit dimana lebih rendah masa berbanding lelaki.

12- Buat perkara yang menakutkan boleh meningkatkan perasaan gembira apabila sudah berjaya tempuhinya.

13- Wanita lebih suka untuk menerima teks atau ucapan "selamat pagi" dan "selamat malam untuk mengaktifkan perasaan gembira pada hari itu.

14- Dengar muzik berentak laju akan membuat kita rasa gembira dan rileks. Namun ayat-ayat seperti surah dapat buat kita lebih fokus.

15- Wanita lebih mudah terasa sakit apabila dicubit kerana penerimaan deria rasa sakit mereka dua kali ganda banyak berbanding lelaki.

16- Selalu rasa bersalah atau mudah tersinggung akan membuatkan kita lebih memahami perasaan dan pemikiran orang lain.

17- Cara melayani pelayan restoran akan menunjukkan karakter sebenar diri mereka.

18- Persahabatan yang terjalin sewaktu umur 16 hingga 28 tahun lebih cenderung untuk bertahan untuk jangka masa panjang.

Dikuasakan oleh Blogger.