Header Ads

Pening kepala kerana gagal menguruskan badan? Ikuti 3 langkah yang teramat mudah ini.


Jika anda lihat sekarang ramai yang akan post dan repost cara-cara mudah untuk menguruskan badan. Mengapa? pada satu ketika dahulu, seorang wanita yang chubby dan montel merupakan lambang kecantikan. Tetapi pada zaman sekarang, perempuan yang kurus dan fit adalah igauan setiap lelaki.

Tiada masalah nak kurus, tetapi jangan lah sampai memudaratkan badan. Hendak berdiet katanya. Tetapi itu adalah cara yang salah. Diet adalah melakukan senaman pada waktu yang di tetapkan, dan makan pada waktu yang di tetapkan mengikut kuantiti dan kualiti makanan untuk badan seseorang itu.

Baiklah, hari ini kami ingin berkongsikan kepada anda cara yang mudah untuk anda menguruskan badan. Mudah maksud kami, anda tidak perlu menghabiskan duit yang banyak atau berpeluh terlalu banyak untuk menguruskan badan.

1. Pernafasan.

Ini di namakan cara pernafasan pranayama, salah satu teknik yoga. Cara nya amat mudah, pertama, apabila anda menarik nafas melalui hidung, seiring bersama, anda perlu kembang (extend) perut anda.

Kedua, apabila anda menghembuskan nafas melalui mulut, anda perlu keras kan perut anda (contract). Pernafasan anda perlulah pada kadar yang perlahan. Relax dan enjoy training ini. Fokus pada pernafasan dan gerakan perut anda.

2. Mandian kontra

Cara ini juga amat mudah, apa yang anda perlu lakukan adalah, apabila anda selesai mandi. Anda biarkan tubuh anda di siram oleh air yang sejuk. Maksud kami air yang sejuk adalah air pada tahap suhu bilik. Suhu bilik yang biasa adalah lebih kurang 21 ke 25 darjah selsius. Jadi itu pun sudah cukup.

Kemudian, jika rumah anda ada pemanas air. Panas kan air pada suhu 40 darjah selsius dan siramkan pada badan anda. SIram badan anda dengan air sejuk selama 40 saat dan air panas selama 3 ke 4 minit.

Nampak seperti perkara yang leceh untuk di lakukan, tetapi dengan cara ini anda boleh mengurangkan berat, serta anda dapat hindari penyakit seperti arrhythmia, obesity, selulit, hypertension awal, dan disfungsi vegetovaskular.

3. Massage

Massage atau urut yang terbaik untuk badan anda, dan boleh mengurangkan lemak adalah dengan berbekam, minum air, madu dan cubit. Kesemua itu akan membantu untuk memecahkan deposit lemak yang ada pada badan.

Malah ia akan membantu melancarkan pengaliran darah untuk bahagian depan abdomen dan memudahkan pergerakan pada usus anda. Untuk lebih berkesan, adalah anda melakukan perkara ini mengikut urutan dan ulangan.
Dikuasakan oleh Blogger.