Header Ads

Pelari dari Malaysia mengejutkan pesaing luar dengan memecahkan rekod permainan Para ASEAN 12 tahun lepas


Kini pengajuran Sukan Para Asean telah berada ditengah-tengah acara dan setakat ini kita berada di tempat ke-2 dengan 47 pingat emas, meletakkan kita di belakang Indonesia.

Bagaimanapun, ia seperti kita mampu meraih lebih banyak pingat emas dengan adanya atlet yang hebat. Pada awal hari ini, salah seorang dari atlet kita telah membuktikan bahawa dengan memenangi emas dalam acara lelaki 1500m T46. Muhammad Asyraf Muhm Haisham yang berusia 20 tahun, yang telah cedera akibat accident motosikal pada tahun 2003, berjaya mengalahkan pesaingnya ketika dan telah memecah rekod permainan Para ASEAN yang berusia 12 tahun



Muhammad Asyraf Muhm Haisham yang berasal dari Perak itu telah mencatat rekod 4:24.73 di Stadium Nasional Bukit Jalil harini, rekodnya pada sebelum ini adalah 4:27.90 dan dikalahkah oleh Isidro Bildosola dari Filipina pada tahun 2005.

Rasanya sangat seronok kerana dapat membalas dendam kepada pelari dari Vietnam, yang telah mengalahkan saya dengan emas di Singapura 2 tahun lalu, "kata Asyraf kepada The Star, sambil mengatakan perasaannya yang seronok kerana berjaya catat rekod yang baru.



"Ini pertama kali saya tampil dalam acara 400m dan tiada apa yang dapat menghalang saya daripada capai emas yang ketiga saya."

Admin berharap Ashraf buat yang terbaik dan kami doakan supaya anda dapat harunginya dengan merebut emas pada perlumbaan esok! Malaysia boleh!
Dikuasakan oleh Blogger.