Header Ads

Nak tahu keupayaan otak anda berfikir?, Mari kenal pasti melalui ujian mudah ini


Ini adalah ujian Dementia. Ujian mudah ini bertujuan untuk mengetahui betapa cekapnya kita dalam menjawab soalan yang diberi.Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Jika anda sudah bersedia mari kita cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.

Sedia?  Sila lihat dibawah

Soalan 1:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan 2:

Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)

Soalan 3:

Soalan ini bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau kalkulator. Cuba lah....

Ambil 1000 dan campur 40, sekarang campur lagi 1000, campur lagi 30,  campur lagi 1000, Tambah lagi 20, tambah lagi 1000 , tambah lagi 10.  Berapa kah jumlah semuanya?

Adakah jawapan anda 5000 ? Tunggu dulu habiskan soalan terakhir.

Soalan 4:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?


Okay, cuba jawab soalan bonus:

S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakonan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu tentang hasratnya. ...?


Jawapan
Soalan 1: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Soalan 2: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi. Siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Soalan 3:
Jawapan sebenar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan kalkulator.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul. Cuba .


Soalan 4:
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!

Soalan bonus :Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati. Mudah kan ?

*Segelintir warga emas selalunya berhadapan dengan masalah ingatan, perhatian dan menyelesaikan masalah. Ini adalah simpton dementia iaitu kemerosotan fungsi kognitif otak akibat proses penuaan. Dementia secara mudahnya adalah nyanyuk.

 Alzheimer pula merupakan salah satu penyakit yang digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) tetapi ia dikatakan bukan berpunca daripada proses penuaan.
Dikuasakan oleh Blogger.