Header Ads

Nak kurus tapi tak menjadi, ini 9 kesilapan yang anda tidak sedar ketika dalam proses



Sebelum ini admin pernah kongsikan bagaimana orang jepun menghilangkan perut buncit dalam masa 5 minit. Untuk kali kita bincangkan tentang kesilapan dalam proses yang sering dilakukan apabila ini kita nak mula kuruskan badan.

Tapi sebelum tu ada soalan sikit untuk korang, pernah tak bila korang timbang berat badan dan lihat pada meter timbangan itu, korang mengeluh ?Hmmmm, mengeluh sebab berat semakin naik dan pernah tak, korang terfikir untuk buat perubahan pada badan sendiri? Mestilah pernahkan.

Tapi, untuk pengetahuan korang apa yang korang perlu tahu sebelum korang menjalani proses tersebut adalah kesilapan yang biasa yang dilakukan semasa korang menjalani proses tersebut dan disebabkan ini ramai yang terkandas sewaktu proses tersebut berlaku.

Pasti korang nak tahukan mana ye silapnya. Jadi jom kita lihat:-

1- Perubahan yang drastik



Contoh yang admin kongsi pada korang disini adalah apabila korang dah 'mindset' ok aku nak diet, aku nak ubah cara pemakanan aku, aku nak pergi gym!. Ia sangat bagus tetapi kesalahannya disini adalah badan kita memerlukan masa untuk diubah dari satu rutin ke satu rutin yang lain. Kalau semuanya nak dibuat sekali gus tentu badan kita akan berasa sangat letih.

Tipsnya disini adalah korang boleh mula dengan kurangkan makanan yang tidak berkhasiat dulu, agak dalam masa seminggu prosesnya dah jalan dengan baik, tambah pula dengan satu rutin lagi dengan senaman ringan untuk membina stamina secara perlahan-lahan.

 Buat perkara yang sama selama sebulan, korang akan dapat rasa sendiri perubahan dari segi rutin dan badan yang akan sendirinya bergerak untuk buat lagi dan lagi. Bila dah terbiasa, sekali tinggal pon akan rasa janggal.

2- Kerap timbang berat



Mesti rasa syok bila dah workout kita nak tengok hasilnya kan? Tapi bila kita dah buat dan tengok hasil untuk catat rekod baru sebenarnya tidaklah membantu. Malah korang akan rasa lebih stress, sebab macam takda perubahan pon semalam dengan hari ini.

Harus diingatkan, ini adalah permainan jangka masa panjang. Lebih lama korang buat, lebih banyak perubahan yang korang akan lihat nanti. Untuk timbang berat badan, setkan seminggu sekali untuk tengok perubahan sendiri.

3-Perasaan kecewa



 Nak turunkan berat badan ni ambil masa, tapi tidak mustahil untuk korang nak dapatkan badan yang cantik. Semua orang mempunyai cara senaman mereka sendiri, mungkin ada yang berjaya kurangkan 2-5kg seminggu dan ada juga mengambil masa yang lebih lama untuk kurangkan.

Apa yang admin boleh kongsikan adalah korang jangan sesekali bandingkan target diri dengan orang lain dan janganlah tawar hati dengan halangan yang kecil sebab itulah yang dikatakan proses!

4-Mengasingkan diri dengan kawan-kawan



Korang takperlu asingkan diri dengan kehidupan sosial korang semata-mata sebab nak  kurus. Sebabnya ada kajian yang mengatakan pengasingan diri daripada hubungan sosial akan membuatkan berat badan lebih mudah naik dan mengakibatkan kemurungan.

Betul lah bila kita nak kurus ni ada je kawan-kawan akan cakap bukan-bukan. Tapi macam saya cakapkan point atas tadilah, itu sebahagian dari proses nak berjaya.

Tetapi bukan semua macam tu, ada juga yang beri motivasi dan semangat. Bersyukurlah dapat kawan yang macam tu dan korang tak perlulah makan makanan yang berminyak selalu sangat. Cuma ikut sahaja rancangan permakanan korang yang telah dirancangkan.

5- Terlalu banyak membaca 



Buku sangat bagus untuk memberi motivasi tetapi buku tidak bersenam untuk kita. Mengetahui segala ilmu juga tidak baik sekiranya tidak latihan secara praktikal.

Selain itu, korang boleh mencatit perkara yang telah dilakukan atau belum dilakukan didalam buku tersebut untuk mengetahui berapa banyak korang makan dan berkali senaman dalam masa seminggu membantu korang untuk mengikuti perkembangan badan sendiri.

Korang juga boleh menggunakan calorie-tracking apps didalam telefon bimbit atau buat note sendiri tentang tahap lapar korang atau mood sendiri.

6- Melengahkan makan



Kita semua pernah melaluinya terutamanya sarapan pagi. Bergegas nak pergi kerja atau sekolah membuatkan kita terpaksa meninggalkan sarapan pagi.

Tapi seperti yang kita tahu ini tidak baik untuk momentum badan sepanjang hari. Jadi sekiranya korang dah mula untuk membuat satu budaya hidup sihat untuk hidup korang. Sarapan pagi adalah wajib dan tidak boleh diabaikan.

7-Bergantung kepada latihan di GYM sahaja



Ramai orang ingat yang bersenam di gym adalah perkara terbaik untuk kurangkan berat. Tetapi fizikal aktiviti seperti berjalan, mendaki, berbasikal juga sangat membantu untuk menguatkan jantung dan meningkatkan metabolisma.

8-Telan ubat kurus



Betul ini membantu untuk menguruskan berat badan secara cepat, tapi ramai orang silap dimana ubat-ubatan yang dijual tidak menjanjikan korang betul-betul boleh kurus tanpa sebarang senaman, malah disebabkan ubat itu, ia akan membawa kepada sesuatu yang lebih buruk dan memudaratkan.

Tidak ada jalan pintas untuk kurus sebenarnya dan cara yang sebaiknya adalah meningkat senaman dan menjaga cara permakanan yang betul. Itu sahaja.

9- Selalu buat rutin yang sama


Sekiranya korang ikut latihan senaman yang sama untuk berbulan-bulan dan menjangkakan perubahan yang lebih baik berkemungkinan korang perlu semak semula cara korang bersenam.

Untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik korang perlu cabar diri untuk buat yang lebih berat setiap hari untuk dapatkan hasil yang diinginkan
Dikuasakan oleh Blogger.