Header Ads

Muka ada kesan parut jerawat? Ini 7 cara hilangkan parut jerawat lama di wajah


1- Kulit kayu manis dan bedak sejuk

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis sampai jadi serbuk halus.

Kemudian, campurkan serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk dan tambah sedikit air.

Bila dah siap, lumurkan pada parut di muka. Buat sekerap yang mungkin, dan kelamaan parut akan pudar dan hilang. Ini juga sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka anda.

2- Lidah buaya( aloe vera )

Bahan ini susah sikit nak cari bagi sesetengah orang. Tapi anda tetap boleh cuba juga kalau nak. Gunakan daun lidah buaya. Daun lidah buaya itu dibelah supaya lendirnya keluar dan sapukan lendir dain itu pada parut. Buat tiga kali seminggu dan parut akan hilang.

3- Asam Jawa

Ambil sikit asam jawa, kemudian campurkan dengan sedikit air. Pastikan jangan terlalu pekat. Sapukan campuran itu pada tempat yang berparut. Biarkan sampai kering. Sebaiknya buat pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, kelamaan nanti parut akan pudar dan hilang.

4- Madu

Ambil sikit madu dan campurkan sikit dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut pada tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali

5- Timun

Letakkan timun pada pengisar dan tapiskan airnya. Tempelkan hampas timun pada muka. Biar dalam setengah jam dan cuci bersih dengan air suam.

6- Daun senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

7- Daun sirih muda



Tumbuk beberapa helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Dah kering, cuci muka dengan air bersih. Cuba amalkan 3 kali seminggu
Dikuasakan oleh Blogger.