Header Ads

Memiliki Ekor Paling Panjang Dan Menawan, Cygnus Menjadi Perhatian Ramai


Sejak Lauran dan Will Powers, pasangan dari Michigan, memiliki Cygnus, mereka tidak lagi perlu untuk menyapu rumah mereka. Kucing mereka, Cygnus, dapat melakukan kerja tersebut dengan hanya berjalan di sekitar rumah dan menggerakkan ekornya yang sangat panjang dan berbulu lebat.

Cygnus Regulus Powers telah tersenarai dalam Rekod Buku Guniness 2018 kerana memiliki "ekor paling panjang pada kucing tempatan". Ukuran rasmi ekornya ialah 17.58 inci dari hujung punggungnya sehingga ke hujung "daging" ekornya.


Ukuran tersebut pasti dibuat setelah sekian lama kerana pada Jun tahun lepas, pemilik kucing ini, Will Powers mengatakan ekor Cygnus adalah sepanjang 18.4 inci (24 inci, jika termasuk bulu ekor). Memandangkan pada ketika itu kucing ini hanya berusia setahun, pasti ekornya kini lebih panjang!

Ekor Cygnus bertambah panjang lebih kurang sebanyak setengah inci pada setiap bulan. Ianya mula kelihatan pelik pada Cygnus sehingga ada yang menggelarnya 'feather duster' kerana ekornya yang berbulu lebat dan sangat panjang.



Walaupun kucing ini dapat membantu pasangan tersebut membersihkan habuk, mereka juga berdepan dengan cabaran. Mereka perlu lebih berhati-hati apabila menutup pintu di dalam rumah kerana ekor Cygnus boleh tersepit.

Selain itu, abang kepada Cygnus, Arcturus telah mencipta rekod Guinness pada tahun ini, dengan "kucing tempatan paling tinggi di dunia". Ketinggian kucing F2 Svannah ini mencecah 19.05 inci dengan berat kira-kira 14 kg.

Dikuasakan oleh Blogger.