Header Ads

Mata anda sering rasa penat? Anda boleh cuba 9 latihan ringkas ini.


Para pengkaji telah membuktikan bahawa setiap otot pada badan manusia akan menjadi lemah jika anda tidak menggunakannya dalam jangka masa yang panjang. Seperti otot-otot yang lain ada pada badan anda, oto mata juga perlulah di latih supaya ianya berfungsi dengan lebih baik.

Kami ingin kongsikan beberapa perkara kepada anda bagaimana untuk melakukan senaman mata agar otot mata anda kesemuanya berfugsi dengan baik.

Ikutilah 9 langkah yang amat mudah ini, hanya menggunakan jari untuk scroll ke bawah dan mata untuk melihat.

1. Pejamkan mata anda.

Rehatkan mata anda untuk beberapa minit dengan memejamkan mata anda. Jangan sampai tertidur pula. Hanya pejamkan saja. Lakukan latihan ini selang 2 ke 3 jam, semasa anda sedang melakukan kerja harian anda.

2. Gerakan anak mata

Untuk latihan ini, anak mata anda perlu ikut anak panah yang ada pada setiap 12 nombor ini. Gerak mengikut anak panah itu pergi dan balik. Sekurang-kurang nya anda lakukan latihan ini sehari sekali. Jangan sampai juling sudah lah ye.

3. Buka kaca mata anda

Jika anda seorang yang rabun nak menggunakan kaca mata sebagai bantuan penglihatan. Digalakkan anda mengurangkan penggunaan kacamata. Kerana pabila mata anda melihat menerusi kaca ia akan menambahkan kepenatan otot mata.

4. Urut mata

Berikan urutan mudah dan lembut pada sekeliling mata anda. Anda berikan tekanan yang ringan dan jangan sampai terasa sakit bermula pada titik 1 dan bawakan melalui kesemua nombor tersebut sehingga nombor 7.

5. Berpandangan jauh

Apabila anda berjalan di luar untuk makan tengahhari atau lepak dengan kawan-kawan, cuba untuk melihat sesuatu yang berada agak jauh daripada dengan anda. Kurangkan melihat kaki, handphone atau orang yang berada berdekatan dengan anda. Berpandangan jauh.

6.  Minum Jus Lobak

Jika anda ingin menambah baik khasiat jus lobak ini. Anda boleh tambah dengan beberapa titis minyak zaitun. Jangan risau, ia tidak akan merosakkan rasa jus lobak itu.

7. Basuh mata anda dengan air suam.



8. Jangan merenung skrin komputer, TV ataupun handphone anda sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.

9. Latihan "Indian Trakata"

Latihan ini mudah, anda hanya perlu melihat satu objek yang tidak bergerak di satu ruang yang terbuka. Tumpukan perhatian anda kepada objek tersebut dan cuba untuk tidak pejamkan mata.

Anda tenung objek dengan teliti, sehingga anda boleh ingat rupa, warna, ukiran dan setiap perkara yang penting tentang objek itu.

Kemudian anda pejamkan mata, dan cuba tumpukan perhatian. Cuba bayangkan semula objek yang anda tenung tadi sehingga ke setiap perkara terperinci tentang objek tersebut. Lakukan latihan ini sekurang-kurang nya 10 minit.

Tujuan latihan ini adalah untuk membantu anda mendapatkan gambaran jelas terhadap perkara sekeliling anda sebelum mata anda menjadi penat.


Dikuasakan oleh Blogger.