Header Ads

Lelaki jangan salah faham bila seorang perempuan guna 9 ayat double meaning seperti ini


Siapa tak kenal perempuan, penuh dengan kata-kata yang berlapik-lapik. Mereka ni bila bercakap, sangat berhati-hati, mungkin itu dah memang lumrah mereka dari asal. Jadi untuk lelaki, korang terpaksalah mahirkan diri untuk faham apa maksud yang mereka cuba sampaikan ini.

Admin ada senaraikan beberapa ayat yang selalu perempuan sebut, mungkin ada banyak lagi. Kalau ada yang tertinggal korang boleh komen supaya lepas kita sama-sama berkongsi supaya orang lelaki ada infomation pasal ni. Jadi, jom baca dibawah antara 9 ayat maut seorang perempuan

1- Ok, Fine!

Perempuan selalu sebut perkataan ini kalau dia rasa diri mereka betul dan nak habiskan perbalahan. Lelaki perlu diam. Tak perlu nak bersuara kalau nak meredakan keadaan.

2- Bagi saya 5 minit.

Hah! Ini memang selalu je jadi. Lagi-lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Bukan main lagi nak melaran dan mekap. 5 minit yang diorang cakapkan sebenarnya ialah 5 jam. Dalam 5 minit yang diorang cakap tu, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik kemudian datang balik, itu pon belum tentu dah siap.

3- Tak ada apa-apa

Ayat ini menunjukkan perempuan sedang cuba untuk bertenang dan cuba sembunyikan sesuatu. Mereka simpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini akan berakhir dengan aman.

4- Pergilah buat! Nak sangat kan!

Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Perempuan sebenarnya tak beri kebenaran tapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi lelaki, bila dengar ni korang jangan lah gatal-gatal nak pergi buat.

5- Keluhan kuat

Ini sebenarnya adalah satu ayat. Perempuan akan bertindak macam ini kalau mereka rasa takda guna habiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tidak penting bagi mereka.

6- Tak apa lah

Kalau perempuan cakap macam ini, ia bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7- Terima kasih

Perempuan berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja "sama-sama". Tapi kalau dia cakap "terima kasih banyak-banyak ye!", itu bukan tanda mereka menghargai tapi itu bermakna sedang menyindir.

Jangan pula jawab "sama-sama". Hahaha

8- Apa-apa aja lah! erti kata lain, "whatever!"

Ini cara paling sopan untuk perempuan katakan selain F**k You!

Jadi awas, jangan dapat ayat ini wahai lelaki

9- Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat

Perempuan berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

10-
Dikuasakan oleh Blogger.