Header Ads

Komen Negatif Di Media Sosial: Sejauh Mana Kesannya Terhadap Diri Kita?


Di mana-mana media sosial seperti Facebook dan Instagram, pasti akan ada komen negatif terhadap seseorang. Kita akan berasa geram melihat orang yang sering berkata buruk tentang orang lain. Tetapi, tahukah anda keadaan tersebut boleh memberikan kesan buruk terhadap diri anda?

Menurut satu kajian, lebih 26 peratus daripada orang dewasa yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan membaca komen negatif di media sosial boleh merosakkan hari mereka.

Perbuatan memalukan orang lain melalui internet memberi impak yang besar pada kesihatan mental kita. Mood kita pun boleh terkesan dengan komen tersebut. Selain itu, ianya akan membuatkan seseorang trauma.

Buli siber dan media sosial memberikan kesan pada zaman remaja. Kadar kemurungan dan bunuh diri melibatkan remaja telah meningkat sejak 2010.


Apa yang boleh kita lakukan untuk mengubahnya?

Berhenti membaca komen-komen negatif tersebut. Kongsikan perkara positif dan anda akan rasai perbezaannya! Malah, jika ada yang memberikan komen positif tentang apa yang anda kongsikan, ia akan menceriakan hari anda dan membuatkan anda berasa lebih baik tentang diri sendiri.

Orang dewasa, tidak seperti remaja, tidak peduli tentang "likes". Menurut kajian, hanya 10 peratus sahaja yang peduli tentang "likes".

Jika kita berasa seronok memberikan komen buruk terhadap orang lain, fikir semula. Bagaimana jika orang lain memberikan komen sebegitu terhadap anda?

Jadilah pengguna media sosial yang bijak!

Dikuasakan oleh Blogger.