Header Ads

Hanya di Malaysia sahaja akan berlaku 11 perkara ini yang selalu orang lakukan


Di setiap negara atau negeri, ada beberapa kebiasaan yang pisahkan kita dari yang lain. Jika anda orang luar, pasti anda tidak dapat faham apa yang bakal anda baca. Tetapi itulah yang membuatkan sesuatu tempat itu menjadi istimewa!

Jika anda dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tentu anda akan terbiasa dengan gaya atau percakapan yang biasa dilakukan seperti dibawah ini.

1- Anda mesti sudah terbiasa dengan cara percakapan orang Malaysia yang setiap dari perkataan mereka semestinya akan ada "Lah" atau "Oklah".

2- Sudah terbiasa dengan gaya "Hand of God" apabila melintas jalan dan buat muka tenang sambil melihat kereta akan mempelahankan kenderaan mereka. Ia seperti magik. Itu tanda orang Malaysia.



3- Kita jarang panggil nama sebenar seperti contoh pelayan kita akan panggil "boss". Biasa di kedai mamak kita dengan automatiknya akan panggil pelayan itu "anneh" yang bermaksud abang. Kalau nampak orang yang nampak berumur dari kita secara automatik akan gelarkan dia sebagai "pakcik/ uncle" atau "makcik/ auntie".

4- Bila di Malaysia, ayat yang selalu disebut adalah "on the way". Kebiasaanya ini akan diterima oleh semua orang walaupun kita terpaksa tunggu member tu nak dekat 1 jam atau kurang. Tapi pada orang yang cakap sedemikian, sebenarnya ada kemungkinan dia "otw nak pergi mandi, atau otw baru nak keluar rumah".


5- Rasa nak makan sesuatu tu, walaupun tempat tu jauh tak jadi satu masalah bagi rakyat Malaysia semata-mata untuk rasa makanan yang terbaik di dalam atau luar bandar. Ambil masa dalam 2 jam sekali pun takdahal asalkan dapat rasa makanan kegemaran seperti laksa, pan mee atau nasi kandar dan lain-lain bukan jadi satu masalah.

6- Bila plan dengan kawan untuk bercuti, akan ada 2 kebarangkalian. Sama ada jadi, atau tidak. Tapi kebiasaanya "last minute plan" itulah yang akan menjadi. Bila masa tu semua on, terus mulakan perjalanan tak toleh belakang dah masa tu.


7- Ayat kongsi duit atau share duit sudah jarang sekali kita dengar, kerana yang terbaru ayat tersebut telah ditukar kepada "tong-tong". Cuma di Malaysia sahaja anda akan biasa dengar ayat "tong-tong" ni.

8- Walaupun makanan western nampak sedap macam mana pun, akan ada satu ketika tekak mesti ada rasa nak makan nasi lemak, roti canai dan lain-lain.

9- Lokasi melepak selalunya di mamak, lebih-lebih lagi bila ada perlawanan bola sepak. Mamak ibarat stadium kedua yang menjadi pilihan rakyat di Malaysia.


10- Cakap pasal kedai mamak, anda mampu untuk order makanan dan minuman tanpa melihat menu tapi tidak di kedai melayu atau western. Penangan mamak kepada kita

11- Bahasa kita yang mix dalam sesuatu ayat itu menjadi kebiasaan juga. Contoh? Ayat paling popular " Wei macha, you want to makan here or tapau?". Ada 4 bahasa disini (English, Malay, Chinese dan Tamil). Walaupun banyak bahasa tapi masih kita boleh faham ayat tersebut. Hebatnya orang Malaysia.

Kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dan bersyukur walaupun sejak kebelakangan ini terjadi pelbagai isu, namun ia tidak menjejaskan keharmonian sesama kita. Semoga negara kita terus aman dan makmur. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 dan Selamat Hari Raya dari kami team Nakbebel.

Dikuasakan oleh Blogger.