Header Ads

Hampir 1200 nyawa terkorban di Asia Selatan, tapi tiada siapa pun yang bercakap mengenainya


Banyak berita yang telah dikeluar tentang Taufan Harvey yang melanda Texas baru-baru ini sehingga menyebabkan banjir. Tapi bukan bahagian disana sahaja yang dilanda banjir malah di bahagian Selatan Asia juga turut mengalami isu yang sama cuma tiada liputan berita antarabangsa tentangnya. Walhal hujan lebat yang telah menenggelamkan kawasan disana sejak bulan Ogos yang lalu, dan sudah tiba masanya bagi kita semua untuk mula bercakap mengenainya.

Diseluruh India, Nepal, Pakistan dan Bangladesh, mencatatkan jumpan hujan monsun yang lebat sehingga menyebabkan banjir dan tanah runtuh. Beribu-ribu rumah telah tenggelam, dan yang menyedihkan kampung-kampung miskin sama sekali tidak mempunyai akses kepada makanan dan ubat-ubatan.

Hampir 1200 nyawa telah terkorban termasuk kanak-kanak. Berjuta-juta telah kehilangan tempat tinggal dan kini mereka masih lagi mencari bantuan.

Berikut adalah 30+ gambar dari tempat kejadian yang anda patut lihat. Yayasan GlobalGiving bekerja dengan sejumlah badan amal dan organisasi bantuan untuk memberikan bantuan kepada banyak kumpulan yang terjejas oleh peristiwa ini.











Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, mungkin kita tak dapat turunkan banyak bantuan tapi cukuplah sekadar doa supaya urusan mereka dan apa sahaja yang mereka alami dipermudahkan. Kerana mungkin hari ini bukan hari mereka, kita doakan. Esok lusa kalau kita pula yang kena perkara yang sama, mungkin mereka jugalah yang doakan untuk kita. Sebarkan kepada kawan-kawan yang lain supaya mereka juga tahu apa yang berlaku pada dunia di luar sana.

Dikuasakan oleh Blogger.