Header Ads

Cara Untuk Move On Daripada Orang Yang Disangkakan Dialah Orangnya

 
Perasaan dilamun cinta itu adalah sesuatu yang paling best. Bila anda jumpa seseorang dan dapat merasakan perasaan itu. Masa berjam-jam dirasakan hanya beberapa minit. Walaupun tidur tak cukup, tetap bersemangat keesokan hari.

Termasuklah apabila anda merasakan dialah orangnya (akhirnya!). Anda mula membayangkan masa depan dan yakin si dia juga sama seperti anda. Kemudian, hubungan anda putus.


Anda bukan sahaja berasa sakit hati, malah terkejut kerana anda merasakan semuanya betul. Anda tidak faham apa silapnya. Jika anda pernah bersama dengan orang yang anda merasakan dialah orangnya, anda mungkin menjumpai kualiti tertentu tentang si dia yang menawan hati anda.

 Setiap orang yang anda pernah bercinta dengannya, adalah soul mate kerana mereka mengajar anda pengajaran berkaitan jiwa. Tujuan mana-mana perhubungan adalah untuk belajar dan membesar dalam cinta. Untuk orang lain dan juga diri sendiri.

Tidak semestinya anda harus selama-lamanya bersama. Anda perlu mencari tujuan perhubungan itu, kemudian lihat kesannya. Buatlah yang terbaik, yang ada dalam diri anda. Apabila anda sudah melakukannya, anda akan mampu berkongsi dengan orang lain yang turut melakukannya seperti anda.
Dikuasakan oleh Blogger.