Header Ads

Bukan tak sayang, tapi ini 10 punca perempuan akan membenci seorang lelaki itu



1. Main kayu tiga

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, lelaki susah nak setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

2. Suka "cuci mata"

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama keaksih, si dia tidak akan peduli.

3. Ego

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan perempuan. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaku mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Menipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun mungkir janji. Ada yang sudah berpunya tapi mengaku single. Berterus teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus terang ini.

5. Putar belit

Lelaki juga ramai yang pakar memutar belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putara belut ini takpe aslalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Awas! anda akan kehilangan si dia. Jujur sajalah dengan pasangan anda

6. Tidak tahu menghargai

Susah nak jumpa lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak ambik kesah walaupun menyedarinya.

Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

7. Tidak beri perhatian

 Perempuan adalah makhluk yang mahukan perhatian. Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang membetikan perhatian pada pasangannya.

Perempuan sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam, tapi cukup sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

8. Meninggikan suara

 Tahulah lelaki dikurniakan suara yang "macho" tapi kalau nak tinggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak baiklah macam tu. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah

9.Panas baran

Masalah yang boleh timbulkan fobia terhadap perempuan apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tapi tetap menyalahkan orang lain.

10. Mengongkong

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak control. Kalau nak keluar ke kedai pun kena report dulu, kalau tidak mulalah cetuskan kemarahan sebab hal kecik tu. Tapi, mereka kan melenting pula kalau aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka.

Tapi kalau kalau dah bergelar suami isteri korang pandai pandailah settle dua. Jangan libatkan orang ketiga.

Dikuasakan oleh Blogger.