Header Ads

Belanja kahwin di tanggung mak ayah? Tiada masalah, tetapi itu pertolongan kewangan yang terakhir!


Cerita ini adalah luahan hati yang kami ambil daripada akaun facebook "IIUM Confessions - BM". Ada satu perbincangan di mana luahan itu mengatakan dia amat tidak bersetuju apabila majis perkahwinan pasangan itu di tanggung oleh ibu bapa.Apatah lagi, pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih di tanggung oleh ibu bapa.

Kami kongsikan luahan ini bukan untuk mengecam sesiapa tetapi sekadar perbincangan untuk membuka minda.


Luahan ini mengatakan, sekarang ini bagaikan sudah menadi satu trend di mana ibu bapa yang akan membayar sepenuhnya kos-kos perbelanjaan kahwin. Kerana yang ingin berkahwin itu anda dan bukan ibu bapa anda.

Sepatutnya anda lah yang perlu membiayai kos kos itu sendiri. Kos belajar, tempat tinggal, makan, minum, pakaian dan sara hidup anda sudah dibiayai oleh ibu bapa anda. Tak kan nak berkahwin pun nak diaorang bayarkan!


Luahan ini juga ada memberikan cadangan dan penyelasaian untuk masalah trend ini. Erti kata yang mudah, berdikari lah sendiri. 

Yang mahu meneruskan hidup bersama itu adalah anda. Jika permulaan hidup bersama itu anda tidak boleh usaha sendiri, bagaimana ingin meneruskan kehidupan 20 atau 30 tahun seterusnya.







Malahan ramai netizen di luar sana yang menyokong idea untuk berdikari ini sendiri. Kami juga berpendapat, adalah lebih baik untuk anda mencuba sehebat mungkin untuk membayar sendiri kos kahwin anda. 

Mengapa? anda sendiri akan sedar setakat mana kemampuan anda tanpa pertolongan dari ibu dan bapa. Jika anda sudah bersedia untuk berkahwin, maka anda telah bertekad untuk mulakan hidup sendiri tanpa pertolongan ibu bapa.

Pertolongan yang kami maksudkan adalah pertolongan kewangan. Kalau setakat nak menasihat atau teguran itu memang tiada masalah. Dalam bab kewangan pula, lebih baik anda usahakan sendiri.


Tetapi jika ibu dan bapa anda berkeras juga mahu membantu, jangan hampakan mereka, dan terimalah dengan hati terbuka. Niatkan dalam diri anda, itu adalah pertolongan kewangan yang terakhir dari ibu bapa kepada diri anda.





Dikuasakan oleh Blogger.