Header Ads

Apa yang akan berlaku pada mata, jika anda tenung palang ditengah lama-lama


Penglihatan mata kita membentuk sebahagian daripada keseluruhan penglihatan, iaitu kira-kira 190 darjah. Walau bagaimanapun, ia tidak sebegitu sempurna sebenarnya, kadang-kadang ia menyebabkan kita melihat perkara-perkara yang tidak wujud.

Admin dapat tahu cara yang mudah untuk membuktikan perkara ini kepada korang.

Apa yang korang perlu lakukan ialah memberi tumpuan pada tanda berbentuk 't" di bahagian tengah gambar di bawah, tanpa mengelipkan mata. Korang akan melihat bagaimana penglihatan mata korang menyampaikan mesej yang lain dimana wajah artis dibawah akan bertukar menjadi 'raksasa.'




Muka yang korang tengok ni mula berubah, bukan? Semakin lama korang melihat di bahagian tengah gambar ini, semakin pelik jadi muka artis ini. Kenapa ini berlaku? Kami akan menjelaskan segala-galanya satu per satu.

Ada satu kawasan di bahagian retina kita yang dipanggil "yellow spot". Ia mengandungi bilangan terbesar reseptor di dalam bebola mata. Untuk memudahkan kefahaman korang, kita panggil kawasan ini sebagai penglihatan utama. Ia meliputi kira-kira 10% daripada keseluruhan penglihatan kita, dan ianya menunjukkan apa yang mata kita llihat secara langsung kepada sesuatu benda.


Dalam hal ini, kawasan utama mata kita kosong disebabkan kawasan gelap dan bentuk "t" yang bewarna putih. Otak cuba untuk menyampaikan maklumat daripada sumber-sumber lain yang terletak di bahagian luar kawasan utama tersebut.


Dalam kes ini, gambar-gambar yang berselang-seli pada sebelah kiri dan kanan menjadi sumber yang mengelirukan kerana ia cuba untuk memproses gambar-gambar tersebut dalam tempoh yang singkat. Hasilnya, keupayaan mata untuk membezakan muka artis tersebut telah hilang. Itu kalau kita tengok lama-lama, gambar tersebut berubah menjadi "raksaksa"



Dikuasakan oleh Blogger.