Header Ads

Anda sukar untuk mendapatkan tidur yang lena? Cuba tidur telanjang, ada kebaikannya.


Sejak dari kecil lagi kita di ajar untuk elakkan daripada tidur dalam keadaan bogel atau telanjang. Bak kata orang tua nanti sejuk sangat, angin masuk dalam badan. Malah ada yang beranggapan tidur dalam keadaan telanjang ini tidak patut.

Jadi sebelum kami menceritakan kepada anda tentang kebaikan tidur telanjang, pastikan anda kunci pintu semasa tidur, sediakan selimut yang empuk dan gebu. Jika anda sudah berkahwin, cuba ajak pasangan anda untuk baca artikel ini bersama.

Baiklah, ini adalah 10 kebaikan yang anda akan dapat jika anda tidur dalam keadaan telanjang.

1. Tidur yang lebih lena.


Tidur dalam keadaan telanjang akan memudahkan badan anda untuk menyejukkan suhu badan dan menyelamatkan anda dari badan anda terlalu panas ketika tidur. Bila badan dan sedap dan sejuk, anda akan mendapat tidur yang lebih lena.

2. Anda akan rasa lebih gembira dan bebas, kerana pabila anda tidur dalam keadaan telanjang, anda akan dapat merasai segala pergerakan anda, kelembutan selimut dan tilam anda. Ianya adalah satu sensasi yang menyenangkan.

3. Baik untuk kulit dan rambut


Apabila anda mendapat tidur yang lena, badan anda akan mengeluarkan melatonin dan hormon tumbesaran dengan lebih aktif. Tidur telanjang akan lebih menggalakkan kelenjar sebum anda kerana kulit badan anda tidak panas dan boleh bernafas.

4. Kehidupan seks yang terus, kerana pasangan yang tidur tanpa baju akan lebih menggalakkan hubungan seks dengan lebih aktif berbanding jika anda tidur dengan pakaian.

5. Mengurangkan berat badan dan meningkatkan pertumbuhan otot.


Hormon tumbesaran manusia atau "HGH" bertanggungjawab untuk meningkatkan ketumpatan otot. Untuk menjadikan otot yang tumpat, hormon tersebut akan mengambilnya daripada lemak-lemak yang ada dalam badan anda.

6. Mengurangkan stress.
Apabila anda tidur telanjang, suhu badan anda berada pada tahap yang optimum dan disebabkan itu, ia akan mengurangkan pengeluaran "cortisol" iaitu hormon stress.

7. Hubungan bersama pasangan anda akan menjadi lebih baik.


Persentuhan kulit ke kulit akan menggalakkan pengeluaran "oxytocin" yang dapat membantu hubungan bersama pasangan anda. Apabila anda anda tidur telanjang bersama si dia, ianya akan menjadikan hubungan anda lebih sensual dan meningkat kepercayaan di dalam perhubungan.

8. Meningkatkan keyakinan diri. Jika anda yakin dalam keadaan berbogel, anda akan lebih yakin apabila anda berbaju juga.

9. Memperbaiki pengaliran darah anda.


Anda gunalah seluar dalam yang selesa mana sekalipun, apabila anda berpakaian ketika tidur, ia akan mengurangkan pengaliran darah anda pada mana-mana bahagian badan.

10. Tiada insomnia
Insomnia adalah satu simtom penyakit di mana anda tidak boleh tidur. Doktor juga akan menggalakkan pesakit-pesakit insomnia ini untuk tidur dalam keadaan telanjang.
 
Dikuasakan oleh Blogger.