Header Ads

Anda peminat Dragon Ball? Acara "Scream like Goku" telah datang ke Malaysia!


Dragon ball merupakan filem animasi yang sangat popular di seluruh dunia. Fenomena yang di tunjukkan di dalam kartun ini menjadi ikutan kanak-kanak, malahan orang remaja dan dewasa juga turut mengenalnya.

Apa yang menyeronokkan, sekarang ini ada satu aktiviti yang di lakukan iaitu "Scream like Goku!".
Menjerit seperti Goku. Apabila goku ingin bertukar menjadi super saiyan, beliau akan menjerit sekuat hati dan mengeraskan tubuh badannya pada satu posisi seperti ingin mengumpulkan tenaga.

Anda rasa pelik bukan. Tetapi aktiviti ini mendapat sokongan daripada peminat-peminat Dragon Ball, dan ia menjadi viral ketika ini.

Mengapa kami ingin berkongsi perkara ini dengan anda? ia adalah kerana aktiviti ini sudah datang ke Malaysia.

jangan risau, aktiviti ini tidak menganggu ketenteraman orang ramai sangat pun. Bagi pendapat kami lah. Berapa lama je seseorang itu boleh menjerit seperti Goku. Paling kuat pun mungkin 1 minit.

So relax, tak perlu nak kecoh-kecoh dan mengecam orang lain. Belum cuba belum tahu! Sekurang-kurangnya anda dapat test suara anda yang merdu tu.

  9 september di Straits Quay, Tanjung Tokong Pulau Pinang.

16 September di Kiara Park, Kuala Lumpur

Setakat apa yang kami tahu, aktiviti ini bukanlah acara amal atau rusuhan. Ini hanya untuk meraikan Festival Komik atau "Comic Con". Nak beli pakaian cosplay seperti watak anime mungkin kita tidak mampu. Paling mudah, jerit lah sekuat hati anda di aktiviti Scream like Goku ini.


Dikuasakan oleh Blogger.