Header Ads

Anda benci pada penipu? Ketahui bagaimana untuk kenali seseorang sedang menipu anda.


Mungkin anda sudah tahu atau sudah perasan perkara ini sebelum kami ceritakan. Iaitu cara-cara bagaimana untuk mengetahui seseorang itu sedang menipu anda.

Orang yang suka menipu ini adalah seorang yang bijak. Bijak pada kategori "the highest form of public relation". Bagaimana untuk membuat orang lain percaya terhadap penipuan anda.

Tetapi ada beberapa kekurangan terhadap si penipu ini. Tuhan telah menciptakan tubuh badan manusia ini untuk tidak tahu menipu seperti mulut dan minda. Apa yang kita rasa atau tunjukkan itu adalah kebenaran. Tidak seperti lidah yang bijak untuk memutar belitkan kata-kata.

Jadi kami ingin berkongsikan kepada anda bagaimana untuk mengetahui jika seseorang itu sedang menipu anda. Tetapi, cara kami ini tidak boleh memberitahu anda jika seseorang itu menipu di sosial media. Anda hanya boleh detect jika anda berjumpa dengan si penipu ini "face to face".

1. Mengelak daripada menyalahkan diri sendiri.

Apabila seseorang cuba untuk menipu, dia akan mengelakkan daripada menyatakan tentang dirinya sendiri. Si penipu akan cuba untuk menyatakan kesalahan dia itu adalah kesalahan orang lain.

Mengapa? ini adalah satu bentuk pertahanan diri. Si penipu akan cuba untuk menjauhkan satu penipuan itu daripada diri mereka sendiri.

2. Sentiasa bersifat negatif.

Penipu kebiasaan nya bersifat negatif kerana mereka tanpa menyedarinya, mereka sendiri rasa bersalah dengan pembohongan mereka itu.

3. Penjelasan yang paling mudah.

Jika si penipu ini sudah atau hampir terbongkar penipuannya, atau erti kata lain yang mudah, "dah kantoi!". Mereka akan cuba untuk mengambil penjelasan yang paling mudah tetapi masih lagi tidak menyalahkan diri mereka sendiri. Siapa yang suka rasa bersalah.

4. Memutar belit ayat.

Seperti yang kami katakan, si penipu akan menggunakan stuktur ayat yang pelik dan sukar untuk di fahami. Meletakkan perkataan yang tiada kene mengena, semata-mata untuk menjauhkan diri mereka daripada penipuan yang telah di lakukan.

5. Mata tidak menipu

Seperti yang kami beritahu pada awalnya, tubuh badan manusia tidak akan menipu seperti lidah yang berbelit. Terutama sekali pada mata mereka. Apabila anda ingin mengetahui seseorang itu sedang menipu ataupun tidak, suruh mereka bercakap sambil tepat memandang wajah anda.

Anda perhatikan riak mata dan anak matanya, jangan sampai jatuh hati sudahlah. Lihat, jika mata mereka cuba untuk mengelak atau tidak seperti kebiasaannya. Maksudnya beliau sedang menipu.
Dikuasakan oleh Blogger.