Header Ads

Aiskrim yang tak meleleh seperti dalam filem Charlie and the Chocolate Factory menjadi satu realiti


Pernah tak korang tengok filem Charlie and the Chocolate Factory? Dalam filem itu, menceritakan bahawa usaha Willy Wonka berhasil bila berjaya cipta aiskrim yang tak boleh meleleh walaupun cuaca tengah terik sekali pun.

Sewaktu Roald Dahl terbitkan buku tersebut pada tahun 1964, Aiskrim yang tidak boleh meleleh hanyalah sekadar imaginasi. Namun sekarang para ilmuan telah berjaya buatnya jadi kenyataan dan menjualnya dibawah label Kanazawa Ice di Jepun.



Penemuan aiskrim yang tidak boleh cait itu terjadi secara tidak sengaja ketika para peniliti di Biotherapy Development Research Center, Kanazawa Jepun, sedang mengitar semula strawberi yang rosak dari Prefektur Miyagi (banyak kawan di Sendai, Jepun).

Mereka minta seorang pembuat kek untuk cipta gula-gula baru dari polyphenol, cecair yang diambil dari kilang bir. Walau bagaimanapun, pembuat kek mengadu bahawa krimnya akan jadi selalu keras ketika menyentuh polyphenol.

 

Pada waktu tu, para penyelidik menyedari yang mereka dan menemui sesuatu yang luar biasa.

Pada 30 Julai 2017, Asahi Shimbun pemaju aiskrim, Tomishisa Ota, berkta cecair polyphenol ada keupayaan untuk buat air dan minyak susah untuk dipisahkan dan dapat mengekalkan bentuk aiskrim lebih lama dari biasa dan sukar dicairkan

Ini juga dibuktikan oleh SoraNews yang melaporkan bahawa ais krim tidak cair selepas dibiarkan selama tiga jam pada suhu bilik.

Takeshi Toyoda, presiden Pusat Penyelidikan Pembangunan Bioterapi, juga berkata bahawa ais krim masih dapat mengekalkan bentuknya walaupun dipanaskan dari pengering rambut.
Dikuasakan oleh Blogger.