Header Ads

Adakah anda memiliki "Pillow Foul" yang sentiasa bersama anda? Jika ada, sila kongsikan!


Setiap orang pasti ada beberapa tabiat atau kebiasaaan untuk di lakukan sebelum anda tidur. Tabiat ini jika anda dapat buat, ia akan memudahkan anda untuk tidur.

Ada setengah orang, mereka suka mengentel bucu bantal, ada juga yang suka selit kan tangan di bawah bantal, dan ada juga yang suka menyelitkan kaki di bawah kaki orang sebelah.

Tetapi apa yang ingin kami kongsikan hari ini adalah, tentang bantal busuk. Kenapa ia di panggil bantal busuk? Sudah semestinya bau bantal itu yang busuk dan masam. Tetapi kadang-kadang bau itu yang membantu anda untuk tidur kerana diri anda sudah terbiasa dengan bau-baun itu.

Satu lagi ciri-ciri mengapa ia di panggil bantal busuk, adalah kerana rupa bantal itu yang ada pelbagai jenis peta hasil daripada air liur anda. Walaupun di sental menggunakan berus sekalipun, peta itu masih tidak hilang.

Ini adalah beberapa perkongsian rakan-rakan kita yang walaupun umurnya bukan lagi kanak-kanak tetapi masih memiliki bantal busuk yang tersendiri dan unik. Bukan untuk mengecam, tetapi hanya untuk berkongsi.











Bagaimana, menarik bukan bantal busuk mereka ini. Barang-barang nostalgia ini akan menjadi kenangan anda dan boleh di ceritakan kepada anak cucu anda. Bagi kami, tidak ada apa yang hendak di malukan dengan memiliki bantal busuk.

Kerana ia adalah hak milik setiap insan.

Dikuasakan oleh Blogger.