Header Ads

7 Kata Kunci Menarik Di Google Yang Ramai Tidak Tahu



Google merupakan enjin pencarian yang paling terkenal. Tetapi, tahukah anda pencarian Google menunjukkan beberapa perkara menarik dan melucukan dalam hasil pencariannya?

Cuba korang cari 8 kata kunci yang kami kongsikan ini dan lihat hasilnya!

1. Askew atau Tilt

Cuba cari "Askew" di Google, korang akan lihat hasilnya juga dicondongkan. Kata kunci "Tilt" juga mempunyai kesan yang sama.



Cuba ini: Askew
Tilt

2. Recursion

Recursion bermaksud mengulang sesuatu berulang-ulang kali. Apabila korang search "Recursion" di Google, hasil pencarian akan menunjukkan "Did you mean: Recursion".

Jika anda klik pautan Recursion tersebut, hasil pencarian yang sama akan muncul berulang kali.


Cuba ini: Recursion

3. Kerning

Dalam tipografi, Kerning bermaksud jarak anda dua aksara atau huruf. Apabila anda menaip "Kerning" di Google, Google akan menunjukkan perkataan dengan jarak seperti k e r n i n g.


Cuba ini: Kerning

4. Anagram

Anagram ialah permainan perkataan yang menyusun semula perkataan yang diberikan dan membentuk perkataan baru.

Seperti mana apabila anda mencari "Anagram" di Google, Google akan menyusun semula perkataan Anagram dan mencadangkan perkataan baru "nag a ram". Apabila anda menyusun semula perkataan baru tersebut, anda akan dapat Anagram.


Cuba ini: Anagram

5. Graf Hati

Apabila anda menaip persamaan (equation) "(sqrt(cos(x))*cos(200x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(9-x^2), -sqrt(9-x^2)" di Google, Google akan melukis graf berbentuk hati.


Cuba ini: Graf Hati

6. Binary

Apabila anda masukkan istilah "Binary" di Google, hasilnya akan diberikan dalam digit Binary. Nombor Binary ialah 0 dan 1.


Cuba ini: Binary

7. Do a Barrel Roll

Lihat hasilnya apabila anda menaip "Do a Barrel Roll. Halaman hasil pencarian akan berpusing.


Cuba ini: Do a Barrel Roll

Dikuasakan oleh Blogger.