Header Ads

7-Eleven Malaysia akan memberikan DreamWorks KouKou secara percuma kepada pelanggannya


7-Eleven Malaysia adalah kedai serbaneka untuk semua orang dan kali ini mereka ingin memberikan sesuatu kepada pelanggan mereka yang membeli di 7-Eleven. Sesuatu yang sangat cute!

Apa yang mereka nak bagi? anda tertanya? Ianya adalah DreamWorks KouKou!

"Tapi, apa benda pula KouKou tu?"


Disebut sebagai "Koko", perkataan ini berasal dari perkataan Cina Kou, yang bermaksud "mulut" atau "gigitan". KouKou adalah hiasan yang menyeronokkan dan comel yang direka seperti dalam karakter filem animasi kegemaran anda dari DreamWorks .

Anda boleh melihat ada 20 corak yang berbeza dari Koukou yang popular dari Filem Animasi DreamWork seperti Madagascar, How to Train Your Dragon, Kung Fu Panda, Shrek dan banyak lagi! Bayangkan karakter seperti Toothless dari animasi How to Train Your Dragon tapi dalam saiz yang kecil! Comel kan.


Tapi bagaimana cara anda nak dapatkan kesemua 20 KouKou ini?

Mudah saja. Tak perlu daftar pun, hanya perlu dapatkan pelekat eksklusif DreamWorks sahaja!

Dengan setiap RM5 yang anda belanjakan di mana-mana 7-Eleven Malaysia. Anda akan dapat 1 pelekat. Kumpul 22 pelekat dan anda akan mendapat 1 free KouKou!

Pelekat akan diberikan bermula dari 29 Ogos hingga 23 Oktober 2017. Manakala tempoh penebusan KouKou akan berakhir pada 30 Oktober. Jangan ketinggalan!




Dikuasakan oleh Blogger.