Header Ads

Wanita Vs Lelaki; Siapakah Pemandu Yang Paling Berhemah?


Antara lelaki dan wanita , siapa paling berhemah di jalan raya? Ada yang menyalahkan pemandu wanita apabila berlaku kemalangan.. akhir-akhir ni beberapa pemandu wanita ditahan reman kerana menyebabkan kemalangan. Ada mengatakan lelaki paling pakar atas highway.. jom tengok beberapa sikap pemandu lelaki dan wanita di atas jalan raya..


Sikap Pemandu wanita:
• Wanita lebih cenderung menukar lorong secara tiba-tiba dan membahayakan orang lain.
• Membuat pusingan U secara tiba-tiba, tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain.
• Memberhentikan kereta secara tiba-tiba dan meletak kereta sesuka hati hingga menghalang laluan.
• Bersifat pelindung kerana mereka ialah ibu. Oleh itu mungkin mereka pentingkan diri bila berada di jalan raya, misalnya tidak beri laluan kepada kereta lain.
• Lebih bersikap berhati-hati dan mereka bergerak lambat pada jalan lapang dan tidak banyak kereta menyebabkan gangguan kepada pemandu lain.



Sikap Pemandu Lelaki:
• Pemandu lelaki tiga kali ganda lebih cenderung menekan hon bila kenderaan di depannya dipandu terlalu lambat berbanding perempuan.
• Pemandu lelaki dua kali ganda melanggar peraturan jalan raya berbanding pemandu perempuan. Malah, sebanyak 83 peratus pemandu lelaki cenderung menunjukkan perangai memandu laju manakala perempuan hanya sebanyak 17 peratus.
• Lelaki lebih cenderung memandu tujuan mencari sensasi iaitu menunjukkan kepada rakan sebaya dan orang ramai mengenai kemahirannya memandu di jalan raya.
Dikuasakan oleh Blogger.