Header Ads

Walaupun Cedera Ditembak, Lihat Apa Yang Doktor Jemilah Lakukan Untuk Terus Menyelamatkan Orang Lain


Pada tahun 2003, Dr Jemilah Mahmood terkena tembakan ketika menyertai konvoi membawa bekalan perubatan untuk hospital kanak-kanak di Iraq yang telah dibakar. Dua orang terbunuh, dan dua orang doktor cedera parah dalam serangan ke atas ambulans yang telah ditandakan bendera putih kemanusiaan dengan jelas.

Pemandunya, yang pernah mengingatkan perjalanan mereka adalah berbahaya, dan ahli farmasi pasukan tersebut, telah meninggal dunia.

Ketika pasukan tersebut terperangkap dalam serangan itu, sebutir peluru telah menembusi rakannya, Dr Baba sebelum bergerak pantas melalui buku Reader's Digest, dan kemudiannya mencederakan pinggul kirinya.

"Saya telah ditembak melalui seorang rakan - kecederaanya lebih teruk dan dia telah mengambil peluru itu untuk saya," katanya.

Doktor kedua - sebelum ini seorang ahli sukan yang aktif - telah cedera di bahagian kaki.

Menyedari cecair yang mengalir dari kakinya adalah darah dan bukan air kencing, Dr Jemilah telah menjahit lukanya sendiri dengan peluru yang masih berada di pinggulnya, yang mana akan berada di situ selama lima minggu.


Dr Jemilah yang mengetuai misi kemanusiaan Mercy itu mula menyoal semula keputusannya membawa pasukannya ke kawasan yang bahaya setelah mendapatkan rawatan untuk Dr Baba.

"Kami ada bendera putih, semuanya adalah betul," beliau menerangkan yang mereka telah ditembak walaupun telah jelas tanda bendera putih kemanusiaan.

Kesedihannya segera diatasi apabila seorang wanita memerlukan pembedahan untuk melahirkan anak. Dengan pinggulnya yang telah disokong dengan kotak, Dr Jemilah menjalankan tugasnya dengan baik dan menyambut kelahiran seorang bayi lelaki yang sihat.

Kehidupannya berubah selepas satu malam ketika beliau sedang menonton berita tentang peperangan di Kosovo bersama anak lelakinya yang berusia lima tahun. Apabila beliau memberitahu anaknya bagaimana kanak-kanak di sana dalam kelaparan, anaknya berkata: "Ibu kan doktor, bantulah mereka."

Nasihat anaknya disambut baik dan beliau telah menulis kepada setiap organisasi kemanusiaan yang besar menawarkan khidmatnya. Hanya satu yang memberi respon.

Mercy Malaysia (Malaysian Medical Relief Society) ialah organisasi kemanusiaan antarabangsa yang pertama dimulakan di Malaysia hasil cetusan idea suami Dr Jemilah.

Kesungguhan dan semangatnya perlu kita contohi. Ikuti perkembangan Tan Sri Dr Jemilah di Twitter @JemilahMahmood

Dikuasakan oleh Blogger.