Header Ads

Wahai rakyat Malaysia, Ini Bukan Kerja Kita!


Sukan SEA yang berlangsung tiba baru-baru ini telah mendapat sokongan penuh dari rakyat Malaysia demi monyokong atlit-atlit Malaysia dan memberi sokongan padu bagi menaikkan semangat mereka.

Apabila di ceritakan tentang menaikkan semangat, timbul satu kontroversi semasa acara bola sepak sukan SEA ini berlangsung. Pasti anda sudah tahu isu apa yang kami maksudkan ini.

Ia berkenaan isu yang tercetus daripada laungan Ultras Malaya terhadap sorakan dan nyanyian semangat yang menjatuhkan negara lain.

Bagi kami itu satu perkara yang normal untuk penyokong menjatuhkan semangat pihak lawan di mana-mana pertandingan sekalipun. Ia adalah kesan psikologi yang biasa akan di terima apabila kita bertanding dalam apa jua acara sekalipun.

Tetapi isu kontroversi ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati daripada negara jiran kita iaitu Singapura dan Brunei. Pada pendapat kami, isu seperti ini boleh di elakkan dan tidak sepatutnya bangkit semasa acara sukan SEA ini berlangsung.

Isu nya adalah, sorakan dan nyanyian lagu semangat Ultras Malaya ada menyelitkan perkataan "ANJING" kepada negara pihak lawan.

Penyokong Ultras telah melaungkan "Singapore itu Anjing!" dan "Brunei ANJING, di bunuh saja!"

Pada pendapat anda, adakah laungan seperti ini patut di nyanyikan atau tidak dalam acara sukan SEA ini. Kita rakyat Malaysia perlu menjaga imej atlit-atlit kita dan yang terutama menjaga nama baik negara kita.

Kami tahu Ultras Malaya adalah penjokong jitu bagi pasukan bola sepak Malaysia. Tetapi kami tidak pernah dengar la pula ada orang yang terlalu fanatik dalam apa-apa acara sukan lain menyanyikan lagu seperti itu.

Ini adalah komen dari rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei. Ada diantara mereka yang tidak menyokong perbuatan Ultras itu dan ada juga yang menyokong.











Tetapi dalam banyak-banyak komen yang di tulis, komen daripada abang ini yang kami merasakan agak relevan .


Kami ada jugak melihat video-video dari penyokong bola sepak negara luar dan kelab yang terkenal. Dan memang betul apa yang abang komen di atas ini.

Jika anda lihat, penyokong kelab bola sepak luar negara adalah lebih fanatik dan radikal. Tetapi itu semua hanya sekadar sokongan di dalam stadium. Apabila keluar dari stadium selepas tamat perlawanan, mereka menjalankan hidup seperti biasa.

Tetapi setakat mana  tahap kesabaran penyokong pihak lawan ini. Jika anda betul-betul melihat, kerana pertembungan 2 penyokong radikal bagi kedua-dua pihak, pasti akan ada rasa tidak puas hati, dan hasil daripada tidak puas hati itu, pergaduhan dan kerosakan barangan awam di luar stadium turut menjadi pertaruhan.

Apabila sokongan itu lebih daripada menyokong, penumbuk dan makian akan disusuli daripada sokongan itu. Lebih baik perkara ini dihentikan. Jangan sampai ada antara mereka yang bergaduh di luar stadium sudah lah.

Jika sedemikian berlaku, kerajaan masing-masing juga terpaksa campur tangan. Kita sebagai rakyat, tidak perlu menimbulkan provokasi antara negara. Bukan kerja kita!


Dikuasakan oleh Blogger.