Header Ads

Ujian personaliti ini hampir tepat bagi setiap orang, tetapi agak menakutkan bila dapat tahu kebenaran.


Ini adalah ujian personaliti, untuk mengetahui siapakah diri anda yang sebenar. Tetapi anda perlu penuhi beberapa syarat sebelum anda melakukan ujian ini.

Syarat-syarat Ujian Personaliti:

1. Anda perlu ambil berseorangan, dan pastikan tiada orang lain di samping anda.

2. Disarankan anda ambil ujian ini di dalam bilik dan pastikan bilik anda senyap dan sunyi.

3. Anda perlu memberikan jawapan dengan jujur dan pantas. Jangan ambil masa lebih daripada 10 saat untuk menjawab satu soalan.

4. Tiada jawapan yang salah dan tiada jawapan yang betul.

Setiap jawapan yang anda berikan, akan diberi penjelasan terhadap jawapan anda. Jika jawapan anda tiada di dalam pilihan jawapan, anda ambil pilihan jawapan yang paling hampir dengan jawapan anda.

Anda sudah bersedia, mari kita mulakan.

Soalan yang pertama - Burung



Hari ini merupakan hari yang terbaik anda. Anda duduk di taman dan sedang memikirkan tentang kehidupan anda.

Tiba-tiba anda perasan ada seekor burung di hadapan anda, Apa warna burung tersebut?

Penerangan jawapan:

Ada warna selain hitam dan putih - Anda seorang yang positif terhadap kehidupan anda.

Putih - Anda sentiasa berada dalam keadaan yang tenang.

Hitam- Anda sentiasa dapat merasakan ada sesuatu akan menghantui anda.

Soalan yang kedua - Belon



Anda telah dikunci didalam sebuah bilik bersama satu belon berwarna merah, dan kedua tangan anda telah diikat dibelakang.

Bagaimana anda hendak memecahkan belon merah itu?

Penerangan jawapan:

Tidak mahu pecahkan - Anda kadang-kadang takut untuk melakukan sesuatu kerana bimbang ia akan memburukkan lagi keadaan.

Menggunakan tangan - Anda seorang yang berpemikiran terbuka, dan anda tidak akan biarkan apa-apa menghalang kehendak anda.

Menggunakan gigi - Anda suka melakukan apa sahaja dan kadang-kadang anda tidak kisah tentang akibatnya.

Menggunakan apa jua cara - Anda terlalu memikirkan tentang sesuatu perkara.

Soalan yang ketiga - Darah



Anda sedang lihat dihadapan cermin, dan anda melihat tangan anda penuh dengan darah.

Darah kepunyaan siapa di tangan anda?

Penerangan jawapan:

Anda tidak tahu darah siapa - Anda redha dengan kehidupan anda, dan anda tidak mahu mengawal kehidupan anda.

Darah anda sendiri - Anda takut anda akan ditimpa musibah.

Darah kenalan anda - Anda takut untuk hidup berseorangan.

Darah musuh anda - Anda selalu mengambil satu-satu hal itu mengikut kehendak anda.

Soalan yang keempat - Bilik tidur


Anda sedang baring di atas katil dan waktunya tengah malam. Tiba-tiba anda terdengar ada bunyi cakaran di tingkap bilik anda.

Anda rasa, apa yang menyebabkan bunyi cakaran itu?

Penerangan jawapan:

Tiada apa / pokok - Anda tidak mudah goyah, dan anda seorang yang yakin.

Sesuatu yang ghaib - Anda seorang berjaga-jaga dan bersedia jika ada apa-apa yang buruk berlaku.

Seseorang dengan niat jahat - Anda seorang realistik, dan anda percaya perkara buruk boleh berlaku.

Soalan yang terakhir - Yang melihat



Anda sedar ada kehadiran sesuatu yang sedang melihat anda, tetapi anda tidak merasakan sesuatu itu berniat jahat.

Tetapi ia tahu semua rahsia anda.

Ia bencikan anda.

Ia mahu membunuh anda.

Ini adalah soalan yang terakhir.

Dari manakah sesuatu itu sedang melihat anda?


Penerangan jawapan:

Melihat dari jauh - Salah

Berada di dalam bilik yang sama - Anda hampir betul.

Di belakang - Ya, ia berada di belakang anda.


Terima kasih kerana mengambil ujian ini. Abaikan soalan yang terakhir itu. Saja nak takutkan anda tengah-tengah malam ini. Jangan risau, tiada siapa yang sedang melihat anda.😎
Dikuasakan oleh Blogger.