Header Ads

Tawaran kerja sebagai pengasuh dengan gaji tahunan sebanyak RM552 ribu menjadi viral di media sosial.


Sudah pasti akan terlintas difikiran anda, kerja apa yang anda ingin lakukan yang akan mendatangkan keuntungan yang berganda kepada anda. Kami ada cadangan jika anda berminat. Anda boleh menjadi penjaga kanak-kanak.

Mudah bukan? ada tawaran kerja dari satu keluarga kaya yang inginkan seorang penjaga kanak-kanak untuk menjaga anak mereka dan keluarga ini akan membayar anda dengan nilai gaji setahun sebanyak £100,000 bersamaan RM552,744.94.

Nampak seperti sesuatu yang mustahil, tetapi inilah yang di janjikan oleh keluarga kaya ini. Tetapi mereka ada menetapkan syarat-syarat yang tinggi untuk menjadi pengasuh anak-anak mereka.

Ciri-ciri pengasuh yang mereka mahukan wajib ada Ijazah dalam Psikologi kanak-kanak, tiada anak sendiri dan perlu pengalaman menjadi pengasuh selama 15 tahun.

Gaji besar, maka syarat-syarat kerja pun mestilah ketat.

Bukan itu sahaja syarat-syarat yang di tetapkan, mereka mahukan pengasuh itu untuk duduk bersama anak-anak mereka ketika kelas, kerana anak mereka semuanya bersekolah di rumah.

Majikan itu mahukan pengasuh untuk makan bersama anak-anak mereka, dan makanan yang di hidangkan adalah hasil masakan dari Michelin star chef (tukang masak yang mendapat anugerah bintang Michelin, anugerah tertinggi bagi seorang tukang masak).


Mereka ada beberapa biji kereta seperti Porsche, Range Rover dan Maserati, dimana kereta-kereta tersebut boleh di gunakan oleh pengasuh untuk menghantar anak-anak mereka ke pelbagai temu janji harian.

Keluarga itu memiliki rumah di London, Barbados, Cape Town dan Atlanta. Jadi pengasuh tersebut perlu pergi ke empat-empat rumah tersebut mungkin 3 kali dalam seminggu.

Anda rasa anda berminat atau ada kenalan anada yang mahukan kerja ini, anda boleh cari di dalam internet, kerana tawaran kerja ini telah menjadi viral di media sosial kerana bayaran gaji nya yang tinggi dan kelebihan yang di tawarkan oleh keluarga ini.
Dikuasakan oleh Blogger.