Header Ads

Si isteri bercerita tentang kesukaran waktu di awal perkahwinan. Semua tidak seperti yang diharapkan.


Sebelum berkahwin, apa yang selalu bermain di fikiran adalah untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang mampu untuk menyokong suami dan keluarga. Jadi sebelum berkahwin, saya selalu pergi ambil kursus memasak dan menjahit, dan sudah semestinya pergi ke kursus bagaimana untuk menjadikan perkahwinan yang berjaya dan bagaimana untuk membesarkan anak dengan baik.

Malah dikalangan adik beradik saya, saya selalu menjadi yang terbaik antara mereka walaupun saya bukan lah seorang yang bijak di dalam pelajaran.

Kemudian, setahun selepas itu, saya dengan sah nya bergelar isteri, dan di sambil keseronokan majlis perkahwinan saya, saya sentiasa berfikir yang saya akan menjadi seorang isteri yang baik dan dapat menyokong suami dengan terbaik kerana saya rasa sudah cukup bersedia.

Keyakinan dalam diri untuk menjadi seorang isteri yang supportive kepada suami saya membuak-buak, dan saya makin rasa tidak sabar untuk menjalankan tugas sebagai seorang isteri.

Tetapi, saya silap. Dalam beberapa bulan yang pertama selepas berkahwin, hidup saya kelam kabut. Apa yang saya masak jadi pelik, bukan lah tidak boleh dimakan, cuma rasanya agak pelik, dan rasanya tidak sama seperti masakan ibu walaupun sudah lama saya training.

Rumah pun tak berapa bersih seperti yang saya inginkan, walaupun saya selalu membersihkan rumah ibu bapa masa sebelum berkahwin dulu. Saya jadi malas, dan sudah hilang minat untuk belajar masakan yang baru seperti saya harapkan sebelum berkahwin.

Nak ber-sosial dengan orang lain pun saya jadi malas selepas saya mengandung anak yang pertama. Saya jadi stress dan risau. Kenapa saya menjadi seperti seorang yang bukan saya harapkan semasa sebelum bekahwin dulu.


Apa yang sudah jadi kepada diri saya? Dimana semua tenaga saya yang riang dan rajin masa sebelum berkahwin dulu? seperti sentiasa ada bisikan syaitan yang selalu menghasut untuk saya jadi malas seperti sekarang.

Saya ingatkan perangai saya yang malas dan lemah itu akan pergi selepas melahirkan anak yang pertama, tetapi tidak. Alamatnya, perangai itu makan tahun sebelum saya kembali rajin dan bertenaga seperti sebelum berkahwin dulu.

Selepas saya melahirkan anak saya yang kedua, baru perangain rajin untuk mengemas datang, malah saya sudah kembali semangat untuk mencuba masakan yang baru. Suami juga sudah mula puji masakan saya kerana makin sedap.

Malah, sekarang bila saya dengar anak-anak kecil saya berjalan atau merengek, saya sudah tahu dia sedang lapar atau mengantuk.

Jadi nasihat saya kepada gadis-gadis yang baru ingin memulakan rumah tangga. Anda jangan ingat jika anda seorang yang banyak membaca tentang ilmu perkahwinan itu, anda boleh menjadi seorang isteri yang cemerlang.

Perkara untuk menjadi seorang isteri yang rajin dan mithali itu akan datang perlahan-lahan. Malah ada yang akan datang bertahun-tahun lama nya. Jika suami anda boleh bertahan dan sabar untuk menunggu anda menjadi rajin da bersemangat kembali, anda adalah seorang yang beruntung.

Gambar sekadar perhiasan.

Jadi, jika anda rasa pada mula perkahwinan anda, anda rasa stress dan malas, malah banyak bergaduh dengan si suami, itu adalah perkara yang normal. Jangan lihat pada kesalahan suami, tetapi lihat pada kekurangan dan perubahan diri anda dahulu sebelum menyalah kan suami. Selalu nya, kita yang silap dan sibuk menyalahkan orang lain.

Perkahwinan itu adalah tanggung jawab suami dan isteri, sebelum anda ingin menasihatkan suami anda, anda lihat pada diri anda dulu, adakah anda seorang isteri yang di harapkan dan diimpikan oleh suami anda atau tidak.
Dikuasakan oleh Blogger.