Header Ads

Sains telah membuktikan bahawa masyarakat sekarang lebih mementingkan reputasi dari segalanya.


Kadang kala kita rasa semakin lama info tentang sains makin lama makin mengarut. Setengah daripada ujikaji yang di buat mungkin kita tidak faham, atau yang paling tak best, KIta rasa ujikaji itu langsung tidak akan mendatangkan faedah kepada manusia.

Tetapi ada satu uji kaji yang di laksanakan ini amat menarik mintak kami semua. Jika anda baca dan memahami, mungkin anda akan sedar bahawa kita semua ini sebenarnya tergolong di dalam golongan majoriti ini.

Apakah ujikaji yang dilaksanakan itu? Mudah, mereka menjalankan survey kepada orang ramai dan bertanyakan 2 soalan ini.

Soalan pertama

Yang mana satu anda pilih, potong sebelah tangan anda dan menjadi cacat ataupun membuat tatu swastika (tatu nazi) pada muka anda?

Soalan ini diberikan kepada 166  pelajar di Universiti Florida, dan apa yang mengejutkan, 70 peratus daripada mereka memilih jawapan untuk memotong tangan. Atas alasan, adalah lebih baik tangan hilang daripada anda di labelkan sebagai Nazi.

Hasil daripada soalan pertama ini, mereka diberikan soalan yang kedua.

Soalan kedua

Adakah anda rela mati sekarang ataupun hidup sehingga umur 90 tetapi anda akan digelar sebagai paedophile (melakukan seks dengan kanak-kanak) seumur hidup?

Majoriti memberikan jawapan untuk mati terus daripada hidup sebagai seorang paedophile.


Kesimpulan daripada ujikaji ini adalah:

Ramai orang akan buat pelbagai perkara untuk mengelakkan daripada di labelkan sebagai penjenayah.

Mengapa? kerana semua orang akan mementingkan reputasi, dan kita semua lebih mementingkan reputasi itu kerana itu yang orang ramai akan pandang dahulu sebelu yang lain.

Reputasi yang baik adalah kunci untuk kita mendapat kepentingan daripada masyarakat. Di labelkan sebagai penjenayah bermaksud kehilangan reputasi dan kita akan mendapat layanan berbeza daripada masyarakat.

Bagi sesetengah orang, tidak di terima oleh masyarakat adalah satu jalan mati bagi diri mereka.


Anda rasa anda bukan daripada golongan ini. Cuba anda fikir kembali, apa tujuan anda post gambar atau up status di laman sosial? berapa ramai yang selalu menggunakan tagline #mohonjangankecam
Fikirkan kembali, apa yang penting unutk diri anda, reputasi anda untuk masyarakat lihat atau untuk diri anda sendiri.
Dikuasakan oleh Blogger.