Header Ads

Rupa-rupanya Ini Punca Adanya Dua Versi Siaran Pengumuman Hari Raya Qorban 1438H



Mengapa Ada 2 Versi Pengumuman Raya?

Kelmarin berlaku kesilapan Astro Awani menyiarkan rakaman pengumuman 1 Zulhijjah jatuh pada 24 Ogos 2017.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa Penyimpan Mohor Besar boleh umum 2 pengumuman berbeza?

Pelbagai andaian timbul - Salah buat pengumuman ke ? Kekalutan info? Kenapa Penyimpan Mohor Besar tidak semak skrip?

Perkara ini timbul kerana menyangka pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar dibuat secara LIVE.

Rupa-rupanya ia hanyalah rakaman, dengan skrip dua tarikh Masihi yang berbeza bagi tarikh 1 Zulhijjah.



Berikut adalah cara mereka bekerja... orang kata SOP lah ;

1.  Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan dirakam pengumuman dalam 2 set; Contoh bg pengumuman Raya- Satu set untuk umumkan esok raya & satu set lagi untuk umumkan lusa hari raya kerana anak bulan tidak kelihatan.

2.  Dalam pada itu apabila tiba tarikh melihat anak bulan, maka ianya dilakukan oleh ahli-ahli falak yang pakar.

3. Selepas meneropong anak bulan, sekiranya boleh nampak anak bulan, mereka akan membuat keputusan bahawa keesokannya Puasa atau Raya atau 1 Zulhijjah. Jika tidak nampak anak bulan, maka akan diumum hari lusa sebagai 1 Ramadhan, 1 Syawal atau 1 Zulhijjah.

4. Selepas keputusan tarikh puasa atau tarikh hari raya dibuat dan  diperkenan oleh Raja-raja Melayu, mereka akan memaklumkan kepada RTM untuk siarkan rakaman mengikut tarikh yang diputuskan.

Stesen tv lain hanya boleh siar selepas RTM siarkan. ( disini kesilapan boleh berlaku bila stesen tv tak alert set yang mana perlu disiar )

5. Biasanya kita akan menanti dengan penuh sabar sama ada esok jatuh 1 Ramadhan,1 Syawal, 1 Zulhijjah juga 1 Malaysia ( eh... terlebih semangat pulak ...) menonton pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.


6. Aikkk ... Kenapa kena buat dua rakaman ye? kenapa tak buat live je? Ini kerana untuk memudahkan siaran... kalau tidak, kena buat live yang melibatkan persiapan,  kos siaran, serta  masa... contohnya semasa bulan Ramadhan, pengumuman kena dibuat sebelum solat isyak selepas tu terkejar-kejar nak solat terawih pula... Jadi  kedua-dua tape disiapkan awal-awal dan menunggu arahan untuk siarkan tape yang mana.

7. Semalam berlaku kesilapan memainkan tape yang salah... RTM siarkan tape untuk 1 Sept tapi Astro Awani dengan tidak sengaja telah menyiarkan tape 2 Sept..

Itu yang patut kita tahu dan paham.  :)

sumber: fb sahabat mahkamah syariah, fb muhammadmustoffa
Dikuasakan oleh Blogger.