Header Ads

Rakan dan kenalan anda tidak sukakan teman lelaki anda? Ini adalah 7 perkara yang teman lelaki anda harus elakkan.


Perkara ini pasti pernah berlaku kepada para wanita di luar sana, dimana kawan-kawan rapat anda pernah memberi reaksi yang buruk terhadap teman lelaki anda. Ini adalah antara 7 perkara yang lelaki harus elakkan kerana wanita tidak menyukainya.

1. Berkelakuan buruk.

Berkelakuan buruk ini ada banyak dan pelbagai. Kadang kala kita tidak sedar bahawa perangai atau tindakan yang kita lakukan itu adalah kasar atau tidak sopan pabila dikhalayak ramai. Mungkin dari segi percakapan, kita selalu sangat mengeluarkan perkataan yang tidak elok.

2. Banyak mengadu-domba

Perkara seperti ini memang kita tidak sedar. Kadang kita hanya ingin berkongsi masalah. Tetapi cara anada berkongsi kan masalah itu yang membuatkan kawan-kawan wanita anda tidak gemar.

Contoh nya, kita ingin menceritakan masalah diri yang melibatkan orang lain, tetapi kita selalu menjatuhkan dan mengutuk orang lain itu seteruk-teruknya. Macam kitalah yang paling sempurna.

Atau, bercerita tentang mengapa perkara itu tidak menjadi seperti yang di harapkan. Menyalahkan segala benda yang ada termasuk orang yang ada di sekeliling.

Apa yang lelaki perlu tahu adalah, wanita ini bukan nak dengar sangat masalah anda kalau tidak melibatkan diri mereka. Mereka lagi suka lelaki yang berdikari dan mampu untuk menyelesaikan masalahnya sendiri.

Anda bakal menjadi ketua keluarga, jadi berfikiran lah seperti seorang ketua dan bukan sibuk mencari salah orang atau benda lain.


3. Memiliki obsesi

Hobi dan obsesi adalah dua perkara yang berbeza. Obsesi adalah satu perkara dimana jika ia tiada, anda akan merasakan kekosongan dalam diri anda. Manakala, hobi adalah sesuatu yang menjadikan hidup anda lebih menarik dan buat anda teruja.

Anda perlu beringat bahawa perempuan ini tidak berminat dengan rutin harian anda. Berbicara tentang topik yang melibatkan dirinya. Perkenalkan si dia dengan aktiviti anda tetapi jangan mengabaikan si dia dengan keasyikan anda bermain game atau gym.

4. Pengotor

Kadang kala isu ini adalah lebih penting daripada faktor-faktor yang lain. Jangan lah anda datang untuk bertemu janji dengan si dia dalam keadaan yang tidak kemas dan selekeh. Siapa yang suka kalau si lelaki itu ada bau badan yang kuat dan busuk.

Bukan kami ingin kecam abam-abam bangla di luar sana, tetapi mereka adalah contoh paling senang untuk diberikan. Kenapa ramai yang tidak suka duduk dekat dengan abam-abam bangla. Sebab utama adalah kerana mereka berbau dan sebab kedua adalah mereka selekeh.

Nak kata sebab warna kulit pun tidak juga. Kalau bangla itu muka macam Will Smith, pasti ada juga yang terpikat pada beliau bukan.


5. Pentingkan diri sendiri.

Jika anda membaca buku-buku motivasi diri, salah satu perkara yang akan lebih membuatkan anda berkeyakinan adalah untuk menyayangi diri sendiri. Tetapi itu tidak sama dengan mementingkan diri sendiri.

Anda perlu ingat, tidak semua perkara berlaku adalah kerana anda dan bukan kerana anda tiada perkara itu tidak akan berlaku. Apa yang penting anda perlu tahu adalah bila untuk berhenti mementingkan diri sendiri.

6. Prejudis terhadap wanita

Jika boleh anda janganlah timbul rasa seperti ini terhadap wanita-wanita di luar sana. Biarlah wanita mahu rasa prejudis terhadap lelaki. Mengapa, ramai lelaki di luar sana yang ingin menunjukkan rasa prejudis mereka tetapi tidak kena pada tempatnya.

Hakikat memang lelaki ini lebih kuat tetapi tidak semestinya lelaki itu lebih bijak. Bak kata orang putih "brain and bronze". Tujuan tuhan menciptakan lelaki itu kuat adalah untuk melindungi wanita, dan tujuan lelaki itu di cipta lebih bijak adalah kerana untuk menjadi arah pandu bagi wanita.

Jika anda mampu, elakkan daripada memberi larangan yang terlalu ketat kepada wanita. Selagi si dia itu belum menjadi isteri, apa yang anda boleh buat hanyalah nasihat dan peringatan. Tetapi jika dia sah menjadi isteri, silalah memberi larangan apa saja yang anda mahu, tetapi tidak melanggar syarak dan membahayakan si isteri. Lelaki kan bijak, fikirlah sendiri!


7. Keras kepala

Orang yang keras kepala ini bagus bagi pendapat kami. Mengapa? oleh kerana beliau adalah seorang yang tetap pendirian dan tetap dengan keputusannya. Tetapi jika anda berkeras kepala terhadap perkara yang memang sudah salah, andalah seorang yang keras kepala tetapi bodoh.

Dalah perhubungan, adalah lebih baik jika kedua-duanya bertolak ansur. Yang terutama sekali adalah pabila berbicara. Jangan lah asyik anda sahaja yang mahu bercakap dan tidak memberi peluang untuk si dia membalas. Bertolak ansur, jangan nak jadi keras kepala sangat, kepala dah kena hentak dengan batu baru nak sedar!

Dikuasakan oleh Blogger.